Tuesday, July 31, 2012

Petua - Petua Cegah Rambut Beruban Dengan Teh


Rambut hitam legam bagai seorang model iklan shampoo pasti menjadi idaman kebanyakan wanita, lelaki pon sama. Namun ada yang rambut putih muncul sebelum waktunya. Ada beberapa faktor penyebab munculnya rambut putih ini lebih awal, diantaranya adalah stres dan gaya hidup tidak sihat.

Ada cara mudah untuk membantu mencegah rambut putih tumbuh sebelum sampai waktunya. Tambahkan 1 sudu teh garam ke dalam satu cawan teh pekat hangat, kacau hingga larut. Setelah sejuk pada suhu bilik, tuangkan secara merata pada rambut lalu urut-urut kulit kepala. Biarkan selama sejam, kemudian bilas dengan air bersih tanpa menggunakan shampoo. Untuk hasil yang maksima, lakukan perawatan ini sekurang-kurangnya sebulan sekali.

Petua - Petua Mencegah Rambut Gugur


Rambut gugur adalah masalah biasa yang sering dialami oleh setiap peringkat usia. Berikut adalah antara petua-petua yang boleh diamalkan untuk mencegah rambut gugur.

1) Campurkan air asam jawa dan santan dalam satu bekas. Masukkan beberapa kuntum bunga-bungaan yang wangi seperti bunga kenanga. Lumur rambut dengan campuran ini dan biarkan selama beberapa minit. Bilas dengan air besih. Amalkan selalu dapat mencegah keguguran rambut disamping menjadikan rambut harum seperti bunga.

2) Hiris beberapa keping limau nipis dan tenyehkan isinya ke kulit kepala. Kemudian sapukan bahagian yang bermasalah dengan telur ayam yang telah dipukul sedikit. Bungkus kepala selama beberapa jam dan lemudian bilas dengan air bersih. Amalkan selalu dapat mennguatkan akar rambut.

3) Masak santan dari sebiji kelapa sehingga mengeluarkan minyak. Tutup api dan biarkan sejuk pada suhu bilik. Lumurkan santan berminyak ini pada keseluruhan kepala dan bungkus kepala semalaman. Bilas dengan air bersih. Amalkan selalu dapat menguatkan akar rambut disamping membuatkan rambut kelihatan cantik bersinar.

4) Ambil air rebusan kacang hijau dan biarkan sejuk. Sapukan air tersebut pada keselurukan kulit kepala setiap malam sebelum masuk tidur. Syampu rambut pada keesokan harinya. Amalkan setiap hari untuk menguatkan akar rambut dengan berkesan.

5) Satukan lendir daun lidah buaya, lendir pokok bunga raya, lendir pokok litup bumi dan sedikit minyak zaitun dalam satu bekas. Lumur campuran ini pada keseluruhan kepala dari akar rambut selepas mandi malam dan bungkus selama setengah jam. Bilas rambut pada keesokan hari. Amalkan seminggu sekali, InsyaAllah rambut menjadi kuat dan lambat beruban.

6) Tumbuk segenggam daun serai hingga lumat. Masak dengan secawan air sehingga kekuningan. Sejukkan dan kemudian sapukan pada keseluruhan bahagian kepala. Amalkan setiap hari selama 2 minggu untuk melihat keberkesanannya.

7) Ambil tiga biji limau nipis dan ambi|anqsk}s, campurkan dengan 2 biji putih telur. Sapukan pada kesemww}anrambut dan biarkan selama 2 jam. Bilaskan dengan air bersih. Amalkan selalu untuk kesan yang memuaskan.

Petua - Melebatkan Rambut


Apa yang anda perlukan untuk melebatkan rambut ialah pati santan dari sebiji kelapa. Pati santan kelapa adalah bahan penting dalam usaha untuk melebatkan rambut secara tradisional. 

Untuk mendapatkan pati santan, ambil kelapa parut dari sebiji kelapa tua. Masukkan sedikit air suam pada kelapa parut tadi dan ramas-ramaskan. Perah pati santan dari kelapa parut tersebut dan buang hampasnya. 

Basahkan rambut anda dahulu dan lumurkan pati santan ke kesluruhan kepala sehingga ke akar rambut. Bungkus kepala dengan tuala bersih dan kering selama setengah jam. Kemudian bilas keseluruhan kepala anda dengan air suam.

Amalkan petua ini 2-3 kali seminggu. 

Untuk mengekalkan rambut lebat dan elak dari gugur, amalkan tips ini:

- Pilih syampu rambut yang sesuai dengan jenis rambut anda.
- Gunakan sikat rambut bergigi jarang.
- Pastikan rambut anda benar-benar kering sebelum memakai sebarang produk tambahan seperti krim rambut atau gel. Sama juga untuk wanita bertusung, pastikan rambut benar-benar kering sebelum memamakai tudung.

Thursday, July 26, 2012

Kisah Benar- Kisah Pembalasan Isteri Curang





Kisah ini saya petik dari suatu laman web…
Kisahnya benar² menyentuh hati.
Buat wanita yang bakal bergelar isteri, jadikan kisah ini sebuah pedoman.
Buat lelaki, kisah ini boleh disampaikan buat mereka yang berkenaan.

“Akhirnya setelah dua tahun menghilang diri, Normah kembali ke rumahnya.
Seperti dahulu, dia masih cantik bergaya.
Lenggoknya masih gemalai, pinggang masih ramping, gincu masih merah dan mekap masih tebal. Jika berselisih, aroma pewanginya masih kuat menusuk hidung.

Namun bezanya, Normah kelihatan tidak begitu ceria. Zahirnya dia begitu anggun tapi wajahnya terlukis warna yang muram dan lesu. Tutur katanya perlahan dan tidak bermaya seperti orang keresahan. “Kenapa awak balik? Pergilah ikut jantan. Awak tak ada pun saya boleh jaga anak-anak kita ni!!” jerkah suaminya, Halim sebaik melihat Normah pulang dengan menjinjing sebuah beg besar. Normah tidak menjawab kerana dia tahu, itu memang salahnya. Dia cuma berdiri di pintu dan menundukkan muka. Halim sebaliknya terus membelasah isterinya itu dengan kata-kata keras. Sudah lama geram itu menggelodak di hati, lalu inilah masa untuk melepaskannya. Normah masih terpaku di muka pintu. Dikesat air mata yang bergenang. Tiada sepatah perkataan pun di balasnya kata-kata Halim itu kerana hajatnya pulang bukanlah untuk bertengkar. Hasratnya Cuma satu, untuk pulang ke pangkuan suami dan anak-anak. Jika diikutkan hati memang hendak dihalaunya Normah, tapi disebabkan anak-anak, Halim menahan juga kemarahannya. Dibiarkan Normah masuk ke rumah yang telah lebih dua tahun ditinggalkannya itu.

Bagi Halim, kepulangan Normah tidak membawa apa-apa erti lagi dalam hidupnya. Malah ia cuma memulakan semula kekalutan yang sudah dirungkaikannya, mengeruhkan hidup yang mula jernih dan memarakkan semula api yang telah dipadamkan. Dua tahun dahulu, Normah meninggalkan Halim dan dua anaknya, Iffa, 5, dan Aina, 2.
Yang ditinggalkan hanyalah sekeping nota menyatakan yang dia ingin hidup bersama kekasihnya. ” Saya rasa kita dah tak ada persefahaman lagi. Saya mahu hidup bahagia dengannya” demikian antara lain nota yang ditinggalkannya untuk Halim.

Kesalnya dia dengan tindakan Normah tidak terkata. Halim akui sejak akhir-akhir ini Normah sudah berubah. Kalau dulu layanannya begitu baik, sekarang mula dingin. Pantang silap sedikit, mulalah naik angin. Kata-katanya pula, selalu saja diiringi sindiran. Sudahlah begitu, sering pula Normah meminta barang-barang mewah di luar kemampuan Halim. Itulah yang menghairankan Halim. Lama-kelamaan, Halim terhidu pula berita Normah menjalin hubungan sulit dengan lelaki berada. Dia ada bertanya tentang hal itu, namun Normah lantas menafikannya. Walaupun Halim menekannya dengan cerita dan bukti-bukti, tapi Normah tetap tidak menidakkannya. Malah dituduh pula suaminya cemburu buta.

Nah, sekarang terbukti sudah kebimbangannya itu. Tapi apa yang boleh dilakukan, nasi sudah menjadi bubur. Sejak Normah meninggalkannya, hidup Halim tidak terurus. Terpaksalah dia membesarkan anaknya itu sendirian. Dialah ibu dialah bapa. Dengan gajinya sebagai penyelia kilang yang tidak seberapa dan menyewa pula di sebuah rumah di pinggir Kuala Lumpur, tentulah sukar untuk dia menguruskan hidup. Kalau kanak-kanak lain selalu bertukar pakaian, anak-anaknya dengan baju dua tiga pasang itulah. Makan yang mewah jauh sekali, kecuali apabila dia mendapat gaji.

Rutin hidupnya, awal pagi menghantar anak-anaknya ke rumah ibunya dan malam menjemput mereka pulang. Dialah yang memasak dan mengemas rumah. Kadangkala adik perempuann}e turut membantu menguruskindke|}arganya. Memang hidupnya sukar, tapi Halim belum tergerak untuk berkahwin lagi. Baginya, biar susah macam mana pun, semua halangan itu akan dirempuhinya. Tambahan pula Normah masih tidak diceraikan. Halim juga mahu membuktikan kepada Normah bahawa tanpa wnita itu, dia boleh menguruskan keluarga. Dan juga, kalau kemewahan yang menyebabkan Normah meninggalkannya, Halim ingin buktikan bahawa tanpa wang yang banyak sekalipun dia boleh hidup bahagia.

Ternyata tanpa Normah, Halim mampu membesarkan anak-anaknya seperti ibu bapa lain. Iffa dan Aina juga kian lama kian melupakan ibu mereka. Malah melihat gambar pun mereka benci. Bukan Halim yang menghasut tapi kerana Normah sendiri yang bengis terhadap anak-anak. Kerana itulah, kepulangan Normah membangkitkan semula kemarahan Halim.

Tambahan pula Halim mendapati ada sesuatu yang tidak kena dengan perut Normah. Ia membuncit seperti sedang hamil. Bagaimanapun dia tidak mahu bertanya kepada wanita itu. “Tempat awk di sana!” kata Halim menunjukkan Normah ke arah sebuah bilik kecil. Di dalamnya ada sebuah tilam bujang yang kusam. Bertompok sana, bertompok sini. “Nak alas, cari sendiri,” kata Halim, lalu menyindir “itupun kalau awak ingat kat mana nak cari….” Normah ditinggalkan sendirian. Malam itu, Normah tidur seorang diri dalam bilik sempit dan penuh barang-barang. Sementara Halim tidur bersama dua anaknya di bilik lain.

Bila anak-anaknya pulang, Normah cuba membelai mereka tapi Iffa dan Aina segera menjauhkan diri. Dipujuk dengan bermacam-macam cara pun tidak berkesan. Terpaksalah Normah membawa diri ke dalam bilik dan menangis teresak-esak. Begitulah keadaan mereka setiap hari. Normah menjadi orang asing di dalam rumahnya sendiri sementara Halim meneruskan hidup seperti biasa. Mereka tidur berasingan dan setiap pagi, anak-anak dihantar ke rumah ibunya tidak jauh dari situ.


Ternyata telahan Halim tepat. Dari sehari ke sehari dilihatnya perut Normah semakin membusung. Lain macam bulatnya. Setelah didesak dan dijerkah berkali-kali, Normah terpaksa mengaku dirinya berbadan dua. “Aku dah agak. Patutlah awak balik…nak suruh aku jadi bapak pada budak tu, kan? Nak jadikan aku pak sanggup?” Halim melepaskan paku buah keras. “Bukan macam tu bang, saya…” tapi belum pun sempat Normah menghabiskan cakap, Halim memintas ” Saya apa?! Saya tak buat benda tak senonoh tu? Budak tu anak aku? Tolong sikit….bila masa aku sentuh badan kamu tu? Hah?”

Bagi menutup malu, Normah memakan makanan yang tajam, pedas dan berasid untuk menggugurkan kandungannya, tetapi gagal. Perutnya terus-menerus membesar. Gagal cara itu, dia pergi ke klinik swasta pula. Bagaimanapun doctor tidak mengizinkan kerana risikonya terlalu tinggi. Kata doktor, kandungannya sudah besar dan jika digugurkan, ia boleh mengundang maut. Semakin hari jiwa Normah semakin tertekan. Perut kian memboyot sedangkan anak dan suami pula tidak menghiraukan kehadirannya.

Dia menjadi melukut di tepi gantang dalam rumah sendiri. Suami menjauhkan diri bila hendak mengadu dan anak pula tidak menganggapnya ibu untuk mereka bermanja. Tidak ada jalan lain, Normah meminta Halim menghantarkan dia ke rumah ibunya. Tentu saja Halim tidak membangkang. Memang itu yang dia mahukan. Namun sambutan ibu bapanya juga mengecewakan. “Dua tahun kamu tinggalkan suami dan anak, tiba-tiba baru dua bulan balik perut kamu dah besar macam ni. Huh…memang patut pun Halim buat macam ni. Kamu derhaka pada dia!” kata bapa Normah, Haji Shafie bila mendapati anaknya itu hamil.

Dari sehari ke sehari tekanan perasaannya tambah menebal. Ia kian merundung bila tumbuh pula cacar di badannya. Dari kecil ia membesar, dan dari sebiji-sebiji ia merata memenuhi badan. Di dalam cacar itu, menguning nanah busuk dan jelik baunya. Pada waktu yang sama, Normah mengidap darah tinggi pula. Tekanan perasaan yang melampau itu menyebabkan Normah dibawa oleh ibu bapanya berjumpa dengan pakar jiwa. Bermacam-macam ubat dan rawatan diberikan tapi ternyata begitu sukar untuk dia dipulihkan.

Disebabkan badannya terlalu lemah, doktor mencadangkan supaya Normah bersalin melalui cara pembedahan apabila usia kandungannya mencecah tujuh bulan lebih sedikit. Pada waktu yang ditetapkan, Normah dimasukkan ke wad. Seminggu sebelum dibedah, dia mula meracau-racau dan meraung. Bermacam-macam dijeritkannya tanpa hujung pangkal. Dimaki hamunnya emak dan ayah serta jururawat yang datang. Kemudian Normah menangis pula hendak balik dan melihat anak-anak.

Dalam keadaan yang kritikal itulah ayahnya, Pak Cik Shafie menelefon saya dan menceritakan keadaan anaknya itu secara ringkas. ” Pak cik tak mahu nak salahkan sesiapa. Dua-dua ada buat silap. Tapi sekarang ni pak cik minta ustaz usahakanlah ubat anak pak cik tu,” katanya. Daripada suaranya itu saya tahu dia sedang menahan sebak. “Saya di Sarawak sekarang ni pak cik. Dua hari lagi saya balik. Tapi buat sementara ni, usahakan baca Yasin dulu. Bila saya balik nanti, saya terus ke sana,” jawab saya.

Sekembalinya ke Semenanjung saya terus menziarahi Normah. Keadaannya sama seperti yang diceritakan oleh bapanya.Mengerang kesakitan, meracau, meronta-ronta, dan bercakap tidak keruan. Keadannya ketika itu memang menyedihkan kerana dalam keadaan perut memboyot dia meraung seperti hilang akal. Namun timbul pertanyaan di fikiran saya selepas dibacakan Yasin, keadaan Normah bertambah buruk. Keadaanya ibarat mencurah minyak ke api, makin disiram makin besar maraknya.

Ibu bapa dan adik beradik Normah menangis milihat keadaan dirinya. “Pak cik mana suami dengan anak-anaknya?” saya bertanya bila melihat suami dan anak-anak Normah tidak menziarahinya. ” Itulah yang saya nak cakap pada ustaz. Saya dah pujuk, rayu dia datanglah tengok anak saya ni. Kata saya, walau besar mana pun dosa anak saya, kalau dia menderhaka sekalipun, tapi dalam keadaan macam ni bukankah elok kalau dia di ampunkan? Tapi dia tak mau. Jengah pun tidak,” kata Haji Shafie kesal. “Dia marah lagi agaknya,” saya menyambung. “Saya tau… kalau jadi pada kita pun kita marah. Saya bukanlah nak salahkan dia, tapi yang sudak tu sudahlah. Anak saya pun bersalah, saya mengaku,” tambah Haji Shafie. “Kalau macam tu,” tambah saya,” bawa saya jumpa menantu pak cik tu. Insya-Allah kita sama-sama pujuk dia.”

Seperti yang dipersetujui, beberapa hari kemudian saya dibawa oleh Haji Shafie berjumpa dengan menantunya itu. “Yang sudah tu sudahlah Lim, ampunkanlah dia. Normah tengah tenat tu,” Haji Shafie merayu. ” Dua tahun dia tinggalkan kami anak beranak. Balik-balik, mengandung…suami mana yang tak marah, ayah ?. Mana saya nak letak muka saya ni ? Dayus, pucuk layu , tak ada punai, tak tau jaga bini, macam-macam lagi orang hina saya…’ tambah Halim melepaskan segala yang terbuku di hati. Bermacam-macam lagi di rungutkan hingga tidak sanggup kami mendengarnya. ” Ayah faham perasaan kau. Ayah tau Normah yang salah, derhaka pada kau , tapi dia tengah tenat sekarang ni,” Haji Shafie merayu lagi , Halim tidak menjawab sepatah pun Nafasnya saja yang turun naik manakala muka merah padam menahan marah.

Bila keberangan nya semakin reda saya menasihatkan Halim supaya melupakan perkara yang telah berlalu itu. “Mengampunkan orang lain lebih baik daripada membalas dendam . Isteri awak menderita sekarang ini pun sebab dia sudah sedar dengan kesalahan dia, jadi eloklah awak maafkan,” kata saya. Lalu saya ..hadis dan firman Allah berkaitan …Ternyata Halim sudah berpatah arang berkerat rotan . ” Saya tak akan jenguk dan saya tak akan ampunkan dia. Isteri durhaka ! ” katanya.

Sampailah hari Normah di bedah , Halim langsung tidak menjengukkan mukanya. Iffa dan Aina juga di larang daripada menjengah ibu mereka. Bagaimanapun , di sebabkan keadaan Normah yang tenat, makan minum tidak menentu , bayi yang di lahirkannya meninggal dunia beberapa hari kemudian. Normah pula sejak sedar daripada pembedahan semakin teruk jadinya.

Setiap hari, terutamanya tengah malam dan senja dia akan meracau. Yang mengaibkan , racauannya kini mendedahkan segala pelakuan jelik yang di lakukannya selama meninggalkan Halim dan anak-anak.

Antaranya, Normah menceritakan yang dia telah mengikut lelaki hingga ke Siam dan kemudian hidup seperti suami isteri. Selepas berpisah dengan lelaki itu, dia bersekedudukan pula dengan lelaki lain. Tidak kurang dengan tiga lelaki telah dia berzina. “Abang..ampunkanlah saya. Saya derhaka, saya jahat, saya malukan abang…maafkanlah saya…”dia terus menangis dan meratap. Setiap hari bermacam-macam rahsia di dedahkannya; tentang tempat-tempat maksiat yang pernah dia pergi bersama teman lelaki, kawan-kawan lain yang sama saja perangai dengannya juga kekecewaannya bila dipermainkan lelaki-lelaki terbabit. “Abang, Iffa, Aina…marilah tengok emak . Emak tak jahat lagi,. Emak nak jadi baik. Emak nak jadi lawa, pandai, suka masak, kita pergi sungai…” ratapnya lagi bercampur dengan kata-kata yang melalut.

Tidak dapat hendak di gambarkan bagaimana malunya Haji Shafie dan isterinya setiap kali Normah menelanjangkan keburukannya sendiri. Berbagai-bagai cara mereka lakukan supaya Normah berhenti meracau seperti menutup mulut, memujuknya diam dan kadangkala turut sama bercakap supaya orang-orang di sekeliling tidak mendengar , tetapi usaha itu tidak berhasil.

Setelah hampir sebulan Normah mendedahkan kecurangannya, keadaan wanita itu bertambah parah. Tekanan darahnya menurun dan kerap tidak sedarkan diri. Badannya yang kurus makin melidi kerana Normah tidak mahu menjamah makanan. Yang di lakukan sepanjang hari hanyalah menangis dan meminta ampun kepada Halim. Setelah itu dia kembali terkulai tidak sedarkan diri.

Haji Shafie sekali lagi menemui saya. “Ustaz pujuklah menantu saya tu. Mintalah dia datang jenguk Normah dan ampunkan lah kesalahan dia. Memang anak saya bersalah , tapi dalam keadaan sekarang, Cuma keampunan suami saja yang boleh selamatkan dia,” kata haji Shafie. Isterinya sejak tadi saya tengok tiada berhenti-henti mengesat air mata . ” Kalau begitu, mari kita pergi jumpa Halim,” kata saya. Puas kami memujuknya . Alhamdulillah, setelah berbagai-bagai alas an di beri, akhirnya Halim bersetuju. Bagaimanapun saya lihat dia seperti terpaksa saja. Langkahnya berat dan nampak kurang ikhlas. ” Sudahlah Lim, lupakan yang lepas-lepas. Buangkan dendam, gantikan dengan kemaafan. Insya-Allah, semua pihak akan dapat keberkatanNya,” kata saya semasa Halim hendak memasuki kereta. Dia cuma tersenyum tawar.

Demi terpandang saja Halim datang menjenguk, Normah dengan suara yang amat lemah memohon maaf kepada suaminya itu. “Sa..sa..ya der…haa..ka pada abaaaang..” katanya antara dengar dengan tidak. Sambil air mata jatuh berlinangan , dia mengangkat tangannya untuk meminta maaf, tapi terlalu sukar. Ibunya cepat-cepat membantu. “Yalah…”jawab Halim perlahan lantas menyambut tangan Normah. Reaksinya masih tawar. Dia belum benar-benar ikhlas.

Petang itu kami bersama-sama membacakan surah Yasin dan ayat-ayat suci al-Quran untuk Normah yang kelihatan semakin teruk. Bagaimana pun bila Normah meminta ampun sekali lagi, saya lihat Halim semakin ikhlas menyambutnya. Saya tersenyum. Mungkin hatinya sudah sejuk melihat penderitaan Normah. Lebih kurang pukul 5.00 petang saya meminta diri kerana ada urusan penting.

Sebelum pulang saya berpesan; ” Lim, sekarang ni awak saja yang boleh selamatkan Normah. Dia harapkan sangat keampunan daripada awak. Selepas itu, serahkan kepada Allah. Kalau sembuh, alhamdulillah, kalau tidak biarlah dia pergi dengan aman “. ” Terima kasih ustaz,” balas Halim.

Seminggu kemudian Halim datang ke rumah saya dan memaklumkan bahawa Normah telah meninggal dunia. Bagaimanapun, dia membawa juga kisah yang menginsafkan mengenai pemergian Normah. “Ustaz,” Halim memulakan ceritanya, “Malam tu Cuma tinggal saya dan anak-anak saja duduk di tepi Normah. Ibu dan bapa dia ke kantin untuk makan. Bila saya bacakan Yasin , saya tengok air mata arwah mengalir setitik demi setitik. Saya tau dia benar-benar insaf dengan kesalahannya dulu, curang pada saya, derhaka pada suami, tinggalkan anak-anak.” “Sampai di ayat salamun qaulam mirrabir rahim, saya ulang tiga kali. Setelah habis, saya usap dahi arwah. Saya lakukannya dengan ikhlas sebab tidak sampai hati tengok hati dia menderita.” ” Setelah menciumnya tiga kali tiba-tiba dia nazak. Nafasnya di tarik dalam-dalam tapi nampak susah sangat. Sekejap kemudian nafasnya laju, tapi lepas itu lambat betul. Saya cemas. Dah dekat ke?” “Tiba-tiba Aina menangis Entah apa yang di gaduhkan dengan kakaknya saya pun tak tau . Kuat betul dia menangis sampai saya tak sanggup nak dengar. Berbelah bagi juga sama ada antara anak dan isteri yang tengah sakit, tapi bila fikirkan tangisan budak itu mengganggu pesakit lain, saya terus ambil Aina dan pujuk dia. Susah pula nak pujuk dia hari tu sampai terpaksa dukung dan bawa ke luar wad.”

“Namun bila kembali ke wad, saya dapati Normah dah tidak bernafas lagi.” “Luka memang berdarah lagi, ustaz, tapi bila dia meninggal tanpa ada sesiapapun di sebelahnya, menitis juga air mata saya. Yalah, kalau orang lain pergi dengan baik, ada orang tolong bisikan syahadah, bacakan Yasin, dia pula pergi macam tu.

Agaknya itulah balasan untuk isteri yang derhaka.”

Cukup menginsafkan, kan?

Ambil iktibar ....


"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."
Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain.

Air Tangan Orang Yang Tak Solat


:: AIR TANGAN ORANG YANG TAK SOLAT ::



Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as.

Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), "Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam." Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.

Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barang siapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya.

Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.

Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi. Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu/isteri kita.

Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dsb. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak gamak kan?

Tapi lain pula halnya dengan kita ni. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia..Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. Hati² apa yang kita makan.

Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril as. Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam),:-
"As-solah as Solah wa amalakat aimanukum". Maknanya,
"Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu..

Wa'allahualam


"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."
Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain.

Kisah Lalat dan Lebah



Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua. Alhamdulillah, kali ini saya copy n paste kisah lalat dan lebah daripada blog Usrah Jemaah Anak Muda. Semoga mendapat manfaat dan kebaikan daripadanya, insyaAllahu Ta’ala.

Perbandingan lebah dan lalat seperti orang mukmin dan orang munafik. Kebanyakan sifat yang ada pada lebah ada pada diri orang mukmin. Manakala sifat yang ada pada lalat ada pada diri orang munafik. Apabila kita melihat kepada lebah dan lalat, subhanallah! tiada perbezaan antara kedua-duanya. Kedua-duanya mempunyai rupa yang hampir sama, boleh terbang, dan berada di taman dan ladang yang sama. Tetapi, perbezaannya terdapat pada sifat-sifat; sebagai contoh manusia ada yang mukmin dan ada yang munafik walaupun berada di tempat yang sama. Sifat lebah menyerupai sifat orang mukmin manakala sifat lalat menyerupai sifat munafik. Mari kita perhatikan;

Pertama, lebah dan lalat apabila kedua-duanya memasuki taman ke mana tempat yang mereka tuju? Lebah pastinya akan mendapatkan bunga-bungaan tetapi lalat akan hinggap di tempat yang kotor.

Yang kedua, makanan lebah daripada madu-madu bunga manakala lalat pula daripada najis dan kotoran.

Ketiga, lebah menyukai amal jamai’ atau kerja berkumpulan manakala lalat suka membuat kerja seorang diri.

Keempat, lebah mempunyai wala' kepada ketuanya tetapi lalat tidak mempunyai ketua untuk diikut kerana mereka hidup secara individu. Orang mukmin mempunyai wala' kepada Allah, Rasul, dan orang-orang soleh manakala orang munafik hidup sendiri tanpa ketaatan kepada sesiapa.

Kelima, lebah antara sifatnya menghasilkan madu manakala lalat menghasilkan kotoran. Orang mukmin apabila menghadiri majlis ilmu mereka akan menyampaikan kepada orang lain ilmu yang dipelajari tetapi munafik apabila mendengar suatu perkara buruk, mereka akan ‘jaja’ perkara itu kepada orang lain.

Keenam, lebah menghasilkan ubat dan kesembuhan manakala lalat hanya memindahkan penyakit . Orang mukmin apabila berada di suatu majlis dan mendengar perkara kebaikan, mereka akan sampaikan kebaikan itu kepada orang lain. Tetapi, orang munafik hanya menimbulkan permusuhan antara manusia.

Demikianlah perbandingan yang boleh dibuat antara orang mukmin dan orang munafik. Wallahu alam….


Fikir-fikirkanlah...

"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."
Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain.


***Sumber Dari : Blog aku ingin mendidik hatiku

JUMAAT Penghulu segala hari.




Menurut hadith Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah, “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul Aiyam’ iaitu Penghulu segala hari (hari yang sebaik hari)"

Berikut ialah beberapa Fadilat berkaitan hari Jumaat, iaitu penghulu bagi segala hari:

* ALBAZZAR meriwayatkan bahawa Nabi biasa memotong kuku dan menggunting misai sebelum keluar untuk solat Jumaat.

* Nabi Muhammad s.a.w bersabda, "Siapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat maka akan didoakan oleh malaikat hingga malam."

* Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Said Al-Kudri bermaksud, “Sesiapa yang membaca Surah Al-kahfi pada hari Jumaat Allah menerangi hidupnya antara dua jumaat”

* Sesiapa yang membaca Surah Yasin pada malam Jumaat, Allah mengampunkan dosa kecil yang dilakukan, demikian menurut hadith Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah.

* Nabi Muhammad s.a.w bersabda, "Siapa membaca pada pagi Jumaat sebelum sembahyang Subuh Astagh Firullahalladzi la ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilahi tiga kali, nescaya Allah akan mengampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di laut."

* Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abdullah Abi Khatadah bermaksud. “sesiapa yang mandi sunat pada hari Jumaat seolah-olah dirinya bersih sehingga jumaat akan datang”.

* Dari Abu Hurairah katanya, dia mendengar Nabi bersabda, "Janganlah kamu berpuasa pada hari Jumaat, melainkan bersama satu hari sebelumnya atau sesudahnya."

* Pada hari Jumaat dijadikan ada saat mustajab; tiada seorang berdoa bertepatan dengan saat itu melainkan pasti doanya diterima selagi tidak berdoa untuk kejahatan atau memutuskan hubungan keluarga.

* Nabi Muhammad s.a.w bersabda, "Siapa yang berwuduk sahaja untuk menghadiri solat Jumaat adalah sudah baik (memadai) tetapi siapa yang mandi maka adalah terlebih baik."

* Nabi Muhammad bersabda, " Sesungguhnya hari-hari yang utama bagi kamu iaitu hari Jumaat, maka perbanyakkanlah membaca selawat padaku kerana bacaan selawatmu itu langsung disampaikan kepadaku (pada hari Jumaat)."

***Dan banyak lagi yang tidak tersurat di sini...

***Semoga kita diberi kekuatan untuk sama-sama merebut fadhilat hari Jumaat ini. insyaAallah...*_*

"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."
Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain.

Monday, July 23, 2012

Doa 12 Pintu Dari Dr Fadzilah Kamsah

doa2.jpg
Ni bagi yang pernah minta doa 12 pintu ni daripada ku...Mari kita bersama-sama mengamalkannya. :)

Friday, July 20, 2012

Jangan Cabut! Uban Itu Indah.


Pelik Dengan Masyarakat Hari Ini Yang Masing-Masing Sibuk Mencabut Uban & Mewarnakan Rambut Bagi Menutup Uban Sedangkan mereka Tidak tahu Kebaikan "Uban" Yang Tumbuh Dirambut Mereka...

Sabda Nabi S.A.W :

“Janganlah mencabut uban kerana uban adalah cahaya pada hari kiamat nanti. Siapa saja yang beruban dalam Islam walaupun sehelai, maka dengan uban itu akan dicatat baginya satu kebaikan, dengan uban itu akan dihapuskan satu kesalahan, juga dengannya akan ditinggikan satu darjat.”

(HR. Ibnu Hibban dalam Shahihnya).

Siapa penulis Irsyad Manji?Kenapa? Mengapa?


Kenapa? Mengapa?


Sepanjang minggu lepas, dan sehinggalah ke hari ini, jika anda membaca akhbar-akhbar arus perdana, atau juga menonton berita di Tv, pasti antara isu yang hangat adalah berkaitan dengan sebuah buku bahasa Inggeris yang di Melayukan bertajuk 'Allah, Kebebasan, dan Cinta' ( Allah, Liberty and Love) karya penulis Irsyad Manji. Apa yang hebatnya tentang buku ini dan penulisnya sehingga semua pihak menyeru agar ia diharamkan di negara ini?



Siapakah Irsyad Manji?

Irshad Manji adalah seorang penulis wanita yang berasal dari Kanada berkelahiran Uganda pada tahun 1968 oleh kedua ibubapanya yang berasal India dan Mesir. Mereka sekeluarga terpaksa melarikan diri  sebagai political refugees ke Vancouver, Canada tahun 1971-73.

Irsyad Manji berkata " I am a reformist not a moderate" ingin mentakrifkan semula pengertian kebebasan atas nama ajaran Islam dan keberanian menolak segala bentuk kelakuan yang mengabsahkan kezaliman atas nama agama.

Beliau menganut faham liberal, open lesbian dan seorang feminist.  Dirinya ingin menyatakan secara bebas melalui pemahaman ceteknya dan literal beliau terhadap sumber agama. Beliau dianggap " Sang Pencerah Baru" yang membawa refomis kepada pemahaman Islam yang lebih terbuka dan berani keluar dari lingkungan adat dan kebiasaan.


Beliau mengikut dua sistem pengajiiannya di waktu pagi di sebuah sekolah kerajaan Canada dan sebelah petangnya di sebuah madrasa hingga umurnya 14 tahun. Beliau dikeluarkan dari Madrasa ini lantaran terlalu banyak menyoal kepada para gurunya. Beliau diterima masuk ke British Columvia University dalam major "History of Ideas". Beliau ingin membawa idea pembaharuan dan melakukan ijtihad baru dalam ajaran Islam yang beliau lihat tidak realistik dan zalim pada fikirannya.

Memang kalau dilihat dari latar belakang dari pelarian dari Uganda ini sudah tentu bagi kita mungkin tidak dapat memahaminya. Namun sebagai keluarga yang ditindas dan dibunuh atas faktor kezaliman politik di negerinya mungkin menyebabkan lahirnya sifat jiwa yang memberontak hingga dengan kecetekan ilmunya terhadap pemahahaman Islam yang sebenar menyebabkan beliau berbicara berani tanpa ilmu yang bukan menyesatkan dirinya bahkan menyesatkan pegangan agama orang lain.



Idea-Idea Sesat Yang Dibawa Irsyad Manji

Beliau mencadangkan bahawa tidak salah untuk wanita Islam berkahwin dengan bukan Islam, mengamalkan lesbian dan homosexual. Namun dalam masa yang sama bangkangannya terhadap kezaliman dan ruang kebebasan di negaranya atas nama agama atau fahaman politik ada kebenarannya jika dibanding dengan nikmat kebebasan yang beliau terima di Canada tanah pelariannya. Antara lain:
 

1. Irshad Manji meragukan kebenaran dan kesempurnaan Al-Quran.

“Quran tidak memperlihatkan sifat egalitarian jelas untuk perempuan dan wanita. Ianya tidak jelas tetapi penuh dengan kebingungan.” (Irshad Manji, Bab 2: The Trouble with Islam Today.)

“Jauh daripada sempurna, kenyataan-kenyataan Quran yang sering bercanggah itu memaksa para Muslim yang hidup “berpandukan Quran” untuk memilih yang mana untuk diberi penekanan dan yang mana untuk diendahkan.” (Irshad Manji, Bab 2: The Trouble with Islam Today.)

“Kita harus mengaku bahawa Quran memainkan peranan dalam konflik di merata tempat. Belas kasihan dan hasad dengki dan dendam muncul sebelah-menyebelah. Lihatlah apa yang dikatakannya tentang wanita.

Baris-baris yang penuh dengan kasih sayang dan baris-baris yang penuh dengan kedengkian dan kebencian tidak jauh di antara satu sama lain. Begitu juga dengan kepelbagaian agama. Tidak wujud satu teras di dalam teks yang kononnya sempurna, tidak boleh dipertikaikan dan jelas ini. Kesempurnaan Quran adalah diragukan.” (Irshad Manji, Bab 2: The Trouble with Islam Today.)



2. Irshad Manji mempertikaikan kema’suman Nabi Muhammad s.a.w lalu menganggap hadith-hadith tidak patut dijadikan sumber rujukan.

“Bagaimana pula dengan masalah tentang sifat kemanusiaan Nabi Muhammad dan maka terdedah kepada kemungkinan melakukan kesilapan. Sssh. Oleh kerana hadith-hadith ini mengisahkan kehidupan utusan Tuhan terakhir kepada umat manusia, syak-wasangka dan keraguan terhadap hadith-hadith tidak boleh diterima sama sekali…nampak tidak ke mana hala tuju kita? Ke destinasi yang bernama Mati-Akal.” (Irshad Manji, Bab 2: The Trouble with Islam Today.)

“Di dalam kumpulan hadith – riwayat-riwayat sabda dan perlakuan Nabi Muhammad – hampir kesemua yang menyebut tentang anjing hitam muncul dengan rujukan-rujukan yang menghina terhadap perempuan dan Yahudi. Jauh daripada objektif, riwayat-riwayat hadith ini mengutuk anjing-anjing hitam dengan makhluk-makhluk “lain” yang terkutuk. Sekiranya kita tidak mempertikai hadith-hadith, dan sekiranya kita membuka mata kepada corak-corak prasangka, maka kita terus mendokong satu sistem yang menganggap jutaan makhluk Tuhan sebagai makhluk hina dan pelik.” (Irshad Manji, Bab 3: The Trouble with Islam Today.)

“Antara sabda Nabi yang mereka gemari: “Berhati-hatilah terhadap perkara baru, setiap yang baru ialah bidaah (pembaharuan) dan setiap bidaah itu satu kesalahan.” Inikah caranya untuk membina masa depan?” (Irshad Manji, Bab 6: The Trouble with Islam Today.)


3. Irshad Manji meremeh-remehkan solat dan kefardhuannya.

“Namun demikian, tindakan mengambil wuduk, melafazkan ayat-ayat tertentu, sujud dalam keadaan kekok, pada waktu-waktu yang ditetapkan dalam sesehari, adalah satu bentuk penyerahan yang tidak masuk akal – dan satu kecenderungan untuk submisif kerana sudah menjadi kebiasaan. Jika kalian belum pernah menyaksikan kecenderungan ini pada ibubapa atau datuk dan nenek kalian, kalian adalah Muslim di luar kelaziman, sahabatku. Aku mula sedar bahawa apa yang sepatutnya bermula sebagai pedoman hidup beriman berakhir menjadi satu ikutan semata-mata, dan ini membuat aku menggantikan rutin sembahyang biasa aku dengan sesuatu yang lebih bermakna: perbualan-perbualan yang tidak terselindung dan tidak mempunyai struktur khas dengan Pencipta sepanjang hari. Setidak-tidaknya kata-kata perbualan itu adalah daripada aku sendiri.” (Irshad Manji, Bab 1: The Trouble with Islam Today.)

“Nampaknya dalam Islam, para imperialis kebudayaan Arab bersaing dengan Tuhan untuk takhta Yang Maha Berkuasa. Quran menegaskan “Dan milik Allah timur dan Arab. Ke manapun kamu menghadap di sanalah wajah Allah.” Jadi, kenapa , umat Islam harus tunduk menghadap Makkah lima kali sehari? Tidakkah ia menandakan ketewasan kita terhadap Padang Pasir?” (Irshad Manji, Bab 6: The Trouble with Islam Today.)



4. Irshad Manji giat mempromosi homoseksualiti dan menggunakan ayat-ayat Al-Quran bagi menyokong pendapatnya.

“Bagaimana pula Quran boleh mengecam homoseksualiti dan pada masa yang sama melaung-laungkan segala yang Allah “cipta adalah indah?” Sumber: Quran, 32:6-7, “Yang demikian itu, ialah Tuhan yang mengetahui yang ghaib dan nyata Yang Maha Perkasa, Maha Penyayang. Yang memperindah segala sesuatu yang dia ciptakan. Lihat juga 38.26 yang berbunyi, “Dan kami tidak menciptakan langit dan bumi dan ada apa di antara keduanya, dengan sia-sia.” Ada ayat-ayat yang serupa di 3:191 dan 3:48 yang berbunyi, “Tuhan mencipta apa yang diinginiNya.” (Irshad Manji, Bab 1: The Trouble with Islam Today.)

“Al-Fatiha ialah pertubuhan gay dan lesbian Muslim yang mempunyai cawangan-cawangan di kotaraya-kotaraya besar di Amerika Utara dan Eropah. Di Toronto, paling tidak, majlis makan malam tahunannya menarik kehadiran sesetengah ibubapa-ibubapa yang beragama Islam.” (Irshad Manji, Bab 2: The Trouble with Islam Today.)

“Tidak lama dahulu, semasa minggu coming-out di sebuah universiti Amerika Syarikat, aku membentangkan topik Tuhan dan golongan gay.” (Irshad Manji, Bab 6: The Trouble with Islam Today.)


Bahayanya Pemikiran dan Pengaruh Irsyad Manji

Manji sebagai seorang lesbian yang “seolah-olah cuba menjuarai isu kebebasan seks dan moral dan mahu menjadikan ia norma masyarakat Melayu walaupun jelas bertentangan dengan agama Islam.

Usaha bersistematik dan terancang peringkat Asia dan global sedang dilaksanakan berterusan mengasak negeri-negeri Muslimin khususnya negara Malaysia dan Indonesia bagi mewujudkan satu gelombang baru yang mengajak masyarakat menerima idea kebebasan atas nama agama yang bukan hanya mengelirukan umat yang jahil bahkan akan mencetus perpecahan dan penyelewengan dari segi akidah dan syariat.


Umat Islam mestilah bangkit dan sedar akan bahaya ini dan semestinya para ulamak dan Institusi Agama menyatakan dan mengambil langkah tegas membenteras setiap langkah dan usaha yang jahat ini dalam usaha merosak negara dan umatnya.


sumber: http://www.harian-metro-online.com, http://ezzuraza.blogspot.com, http://selangor.ikram.org.my

Wednesday, July 18, 2012

Nak Tau?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Semenjak tiga bulan yang lepas, aku agak sibuk dengan kerja baru dengan mini projek yang aku plan dengan anak dan juga kawan-kawan. Aku nak mintak tolong pada kawan-kawan blogger atau sesiapa yang tau cara  nak satukan blog.

Maksud aku nak 'combine' blog. Aku ada dua blog yang aktif, tapi aku tak punya masa yang mencukupi untuk meng'update' kedua-dua. Masa yang ada cukup terhad untuk update satu blog sahaja. Jadi aku mintak jasa baik kawan-kawan blogger dan sesiapa yang menbaca post ini untuk bantu aku combine blog yang ada menjadi satu. Harap menjadi. Ikutkan memang sayang untuk lupakan dunia blogger ni. tapi kekangan masa tu yang menjadi permasalahan utama.

Kalau dulu pukul 3 pagi aku masih cergas ber'blog' tengok bahan untuk jadi entry baru. Tapi sejak kerja di tempat baru ni kesempatan itu tiada. Pukul 12 jer aku dah tumpas..tambahan pulak anak kesayangan ku ni dah bertambah lasak. jadi tenaga banyak habis disitu....huhuuhu


Aku harap sangat kawan blog yang lain dapat membantu..TOLONG YE :)