Friday, November 16, 2012

Amalan mencari Yang Hilang


Selain tu mungkin boleh cuba ni jugak

saya  pernah terbaca yang bila kita kehilangan sesuatu barangan, ia adalah peringatan kepada kita bahawa kita ni dah melupakan ALLAH, dan banyak dosa kita kat dia. Sebab tu kita hilang barang, supaya kita ingat balik apa tujuan kita kat sini :) . Jadi, kat sini,  share la satu ilmu yang mana dengan kuasa ALLAH, barang yang hilang tu dapat balik :-
Al-Fatihah 7x.
2. Al Fath 1-3 7x
3. Al Khafi Ayat 19 7x
4. Surah Al-Ikhlas 7x.
5. Selawat 7x.
6. Ya Allah 3x.
7. Kemudian wirid ‘Ya Hafiz’ 119x.
8. Sesudah selesai semuanya, tadahkan tangan lalu berdoa, mohon dari ALLAH pertolongan supaya dipulang/digantikan barang yang hilang tersebut.
Semoga ia nya dapat beri manfaat pada semua..

Amalan dan Doa mencari orang/barang hilang..


Amalan dan Doa mencari orang/barang hilang..

Entry ni khas untuk seorang adik yang amat memerlukan... moga dapat membantu...maaf entry yang akak janjikan tu tak jumpa. takut nanti salah tulis... tapi ni pun boleh...yang penting tabahkan hati dan kuatkan semangat..... :)

Ini adalah doa mencari orang hilang, (kira hilang dari jangkauan leh jer)
Samada hilang lemas di dalam air atau di daratan dan di mana-mana sahaja.
a-Doa untuk mencari orang hilang di dalam air:
-Ambil 7 biji anak batu
-Berdiri di tempat orang hilang (lemas)
-Baca surah-surah berikut pada setiap anak batu:
batu 1 = Al-Fatihah 14 kali
batu 2 =Ayat kursi 7 kali
batu 3 =Al-Ikhlas 7 kali
batu 4 =Al-Falaq 7 kali
batu 5 = An-Nas 7 kali
batu 6 =Al-A’Raf ayat 13 7 kali
batu 7 = Doa Nabi Yunus
-Ambil kesemua 7 batu dan balingkan di tempat orang hilang(lemas)
b-Jika orang hilang di daratan, baca juga susunan ayat yang sama, cuma tidak perlu menggunakan 7 biji anak batu.[ Petikan dari ceramah Ustaz Kazim Elias dalam kuliyah.net]


Doa Orang Hilang:

….يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ اِنَّ اللهَ لاَ يُخْلِفُ الْمِيعَادَ، اِجْمَعْ بَيْنِي وَبَيْنَ
Yâ Jâmi’an nâsi liyawmin lâ rayba fîhi, innallâha lâ yukhliful mî’ât, ijma’ baynî wa bayna …
“Wahai Yang Mengumpulkan manusia pada suatu hari yang tiada keraguan di dalamnya, sesungguhnya Allah tidak pernah mengingkari janji-Nya, kumpulkan kembali antara aku dan ….”
Catatan: pada titik-titik tersebut sebutkan nama orang yang hilang.
Semoga bermunfaat. Doalah juga semoga keluarga kita sentiasa dibawah lindungan rahmat Allah dan terlindung daripada segala marabahaya. Sesungguhnya Allah SWT adalah sebaik-baik Penjaga dan Pemelihara.

Thursday, November 15, 2012

Jangan Mudah Berprasangka

Seorang doktor meluru masuk ke ruang hospital dalam keadaan tergesa-gesa
selepas mendapat panggilan kecemasan dari pihak hospital..
Dia menukar pakaian dan terus meluru ke blok pembedahan..
Dia mendapati ayah kepada budak yang berada dalam bilik pembedahan sedang berdiri menunggunya..
Apabila si ayah melihat doktor itu, dia terus berteriak..
"Kenapa doktor ambil masa yang lama untuk datang..??Doktor tahu tak anak saya dalam bahaya sekarang nie..??Doktor tak ada rasa bertanggungjawab ke..??"
Doktor tersebut tersenyum dan berkata :
" Saya minta maaf, saya berada di luar hospital dan saya datang sepantas yang mungkin selepas mendapat panggilan kecemasan tu..dan sekarang, saya harap encik bertenang..jadi, saya dapat buat kerja saya.."
"Bertenang doktor kata..?! kalau anak doktor berada dalam bilik tu sekarang nie, boleh ke doktor bertenang..??kalau anak doktor mati sekarang nie apa yang doktor buat..??kata si ayah dgn marah..
Si doktor tersenyum lagi dan berkata :
" Saya akan kata bahawa Allah telah berfirman dalam kitab-Nya yg suci " daripada Allah kita datang dan kepada-Nya kita kembali"..doktor tak mampu untuk memanjangkan hayat seseorang..Insya-Allah kami akan cuba yang terbaik utk anak encik.."
"Memberi nasihat bila kita tak mengalaminya memang senang..!" gumam si ayah..
Pembedahan tu mengambil masa beberapa jam..Tak lama kemudian, si doktor keluar dgn gembira..
"Alhamdulillah..anak ecik selamat..!" Dia terus berjalan tanpa menghiraukan si ayah "kalau encik ada sebarang soalan..encik boleh tanya jururawat..!"
"Kenapa doktor-doktor sombong sangat..?! Tak boleh ke dia tunggu beberapa minit supaya saya dapat tanya beberapa soalan tentang anak saya..!"komen si ayah selepas melihat jururawat..
Jururawat itu berkata sambil air mata mengalir di pipinya :
"Anaknya meninggal dunia semalam dalam kemalangan jalan raya..dia berada dalam upacara pengebumiaan anaknya ketika kami menghubunginya untuk pembedahan anak encik..dan sekarang dia telah pun menyelamatkan nyawa anak encik, dia tergesa-gesa untuk menghabiskan upacara pengkebumian anaknya.."
Pengajaran yang sangat berharga daripada kisah ini, iaitu jangan mudah menghukum atau menilai seseorang.. hati-hatilah dengan sangkaan kita , kerana sangkaan yang buruk dan tidak tepat sudah pasti akan melukakan perasaan individu terbabit.

"SAAT AKU MENYAMPAIKAN SUATU KEBAIKAN KEPADAMU, BUKANNYA AKU HENDAK MEMBERIKAN NASIHAT AKAN KEKURANGANMU SAHABAT..TAPI AKU SEKADAR MENJADIKAN DIRIMU SEBAGAI PERANTARA, AGAR NASIHAT ITU SAMPAI KEPADA DIRIKU."MENGARAHKAN WAJAH KE CERMIN, BUKAN BERERTI MENCARI-CARI KEKURANGAN CERMIN, NAMUN HAKIKATNYA ADALAH MENCARI KEKURANGAN DIRI UNTUK DIPERBETULKAN AGAR LEBIH BAIK, DENGAN PERANTARAAN CERMIN"

Menerima Hakikat


Bukan mudah kita nak menerima hakikat atas apa musibah yang menimpa. Kalau tiada kekuatan diri akan hilang pertimbangan maka hilang juga pedoman dan akhirnya ramai yang mengambil jalan yang menyalahi fitrah kehidupan. Manusia tidak lari dari ditimpa musibah. Oleh kerana hidup manusia pasti akan disulami dengan musibah, maka Allah mengajarkan kita cara menghadap musibah. Banyak hadith dan ayat Quran yang membicarakan mengenai cara menghadapi musibah.

Ada tiga peringkat mengenai sikap manusia ketika ditimpa sesuatu musibah.

1. Pada permulaannya, berlaku penolakkan. Di peringkat ini, manusia tidak menerima hakikat bahawa sesuatu telah hilang darinya, sesuatu telah tiada, sesuatu telah menimpa dan sebagainya. Dia akan cuba lari dari hakikat dan masaalah. Jika dia cuba lari dari menerima hakikat, jiwanya akan semakin tertekan, hatinya semakin sempit dan fikirannya semakin keliru.

Di dalam Islam, kita perlu jujur menerima hakikat diri kita. Semakin berani kita untuk jujur menerima hakikat diri semakin tenang jiwa kita. Sebab itu di dalam Islam ada konsep muhasabah. Muhasabah bererti menerima kekurangan dan kelemahan yang ada pada diri. Jika kita tidak dapat menerima hakikat diri kita, maka kita tidak akan dapat membuat perubahan di dalam diri kita.

2. Peringkat kedua, manusia akan mengeluh, marah-marah, mendongkol, menyalahkan orang lain dan yang paling parah ialah apabila menyalahkan takdir. Di peringkat ini, mereka telah menerima hakikat bahawa mereka sedang melalui masa getir, tetapi mendongkol dengan keadaan diri.

Sesungguhnya, mengeluh tidak merubah apa-apa. Sikap marah-marah juga tidak merubah apa-apa. Dia akan membuatkan kita semakin tertekan dan terhimpit. Sudahlah ditimpa musibah, hati pula hilang bahagia. Di dalam Islam, kita ada konsep muraqabah, iaitu rasa sentiasa diawasi oleh Allah. Hari ini jika kita senang, Allah mahu melihat apa yang kita lakukan begitu juga apabila kita susah. Allah akan melihat apa yang akan kita lakukan. Semua, susah dan senang ada nilaian pahala jika kita membuat sesuatu dengan betul. Jika kita rasa sentiasa diawasi Allah, kita akan selalu mencari keredhaannya. Waktu senang kita tidak lupa Allah, waktu susah kita bergantung penuh denganNya. Akhirnya, senang dan susah tetap tenang dan tetap bahagia.

3. Peringkat ketiga barulah biasanya manusia menerima segala apa ketentuan hidupnya. Barulah tidak marah-marah, tidak mengeluh dan sebagainya. Walaubagaimana pun, jika salah kefahamannya, manusia akan putus asa, hilang harapan, hilang semangat, hilang rasa untuk terus berusaha. Akhirnya, hidupnya semakin murung, semakin tidak ceria dan semakin kusut.

Di dalam Islam, apabila kita telah menerima kita di dalam keadaan susah, ada konsep tawakkal. Tawakkal ialah kita berusaha dan bakinya kita serahkan pada Allah untuk menyempurnakannya. Jika perniagaan kita gagal, kita usahakan terus, ubah sana dan sini, baki serah pada Allah. Jika rumah tangga kita gagal, kita usahakan untuk perbaiki, baki yang diluar kemampuan kita, kita serah pada Allah.

Orang yang ada konsep muhasabah, muraqabah dan tawakkal akan sentiasa positif di dalam hidupnya. Dia akan sentiasa tenang walaupun musibah itu ibarat bukit yang menghempapnya. Sesungghunya, semua manusia akan diuji dengan musibah, yang membezakan orang beriman atau tidak ialah di hujung ujian.

Jika di hujung ujian dia tetap tidak putus asa, tetap berusaha, tetap tenang, tetap berjuang maka dia adalah pemenang di dalam ujian tersebut. Yakinlah apa yang ditetapkan oleh Allah adalah yang terbaik untuk diri kita... Biar orang lain tidak mengerti apa yang kita lalui tetapi yakinlah Allah mengetahui dan mengerti segala-gala nya. Di kala terasa keseorangan, ingatlah Allah sentiasa ada bersama, di kala terasa kesedihan ingatlah Allah tidak akan menguji lebih dari kemampuan kita, di kala kecewa..ingatlah orang yang lebih menderita...
 

Yang utama kita belajarlah untuk menghadapi sesuatu perkara yang kita tak sangka datang kepada kita, belajar dalam erti kata cuba untuk menyesuaikan diri dengan perkara tersebut. Hadapinya dengan keyakinan dan usaha yang tegar. Bukan berdolak dalik, bukan mencemuh, bukan mengeluh. Semua itu adalah dugaan dalam kehidupan di dunia ini. Kita selalu mengkehendaki apa yang kita mahukan sahaja, tapi kita tak sedar, kadang kala apa yang kita mahukan sebenarnya diinginkan oleh orang lain.

Kemahuan untuk kita mungkin masanya belum tiba, mungkin masa ini milik orang lain kemahuan tersebut. Pastinya pada masa akan datang, masanya sudah tiba maka kemahuan kita akan datang sendiri hasil kesabaran, ketaqwaan dan usaha ke arah kemahuan tersebut. Apa yang sepatutnya kita jadikan ikhtibar, Allah memberikan apa yang kita perlukan dan Allah memberi peluang kepada kita untuk kita lebih berusalah dan mendekatkan diri kepada-Nya bagi mencapai apa yang kita inginkan.

Adakalanya kita mengharapkan kemahuan tetapi usaha kita tak sehebat kemahuan yang kita nak capai sebab itulah Allah mendidik kita untuk mengenal erti penat lelah berusaha bagi mencapai kemahuan dalam hidup. Jangan bersedih dengan keperluan yang telah kita ada, tetapi bergembiralah kelak kemahuan yang kita inginkan akan tercapai berkat kesabaran kita. Permulaan Sabar Adalah Pahit, Tapi Manis Akhirnya.