Seorang doktor meluru masuk ke ruang
hospital dalam keadaan tergesa-gesa
selepas mendapat panggilan kecemasan
dari pihak hospital..
Dia menukar pakaian dan terus meluru ke
blok pembedahan..
Dia mendapati ayah kepada budak yang
berada dalam bilik pembedahan sedang berdiri menunggunya..
Apabila si ayah melihat doktor itu, dia
terus berteriak..
"Kenapa doktor ambil masa yang lama
untuk datang..??Doktor tahu tak anak saya dalam bahaya sekarang nie..??Doktor
tak ada rasa bertanggungjawab ke..??"
Doktor tersebut tersenyum dan berkata :
" Saya minta maaf, saya berada di
luar hospital dan saya datang sepantas yang mungkin selepas mendapat panggilan
kecemasan tu..dan sekarang, saya harap encik bertenang..jadi, saya dapat buat
kerja saya.."
"Bertenang doktor kata..?! kalau
anak doktor berada dalam bilik tu sekarang nie, boleh ke doktor
bertenang..??kalau anak doktor mati sekarang nie apa yang doktor buat..??kata
si ayah dgn marah..
Si doktor tersenyum lagi dan berkata :
" Saya akan kata bahawa Allah telah
berfirman dalam kitab-Nya yg suci " daripada Allah kita datang dan kepada-Nya
kita kembali"..doktor tak mampu untuk memanjangkan hayat
seseorang..Insya-Allah kami akan cuba yang terbaik utk anak encik.."
"Memberi nasihat bila kita tak
mengalaminya memang senang..!" gumam si ayah..
Pembedahan tu mengambil masa beberapa
jam..Tak lama kemudian, si doktor keluar dgn gembira..
"Alhamdulillah..anak ecik
selamat..!" Dia terus berjalan tanpa menghiraukan si ayah "kalau
encik ada sebarang soalan..encik boleh tanya jururawat..!"
"Kenapa doktor-doktor sombong
sangat..?! Tak boleh ke dia tunggu beberapa minit supaya saya dapat tanya
beberapa soalan tentang anak saya..!"komen si ayah selepas melihat
jururawat..
Jururawat itu berkata sambil air mata
mengalir di pipinya :
"Anaknya meninggal dunia semalam
dalam kemalangan jalan raya..dia berada dalam upacara pengebumiaan anaknya
ketika kami menghubunginya untuk pembedahan anak encik..dan sekarang dia telah
pun menyelamatkan nyawa anak encik, dia tergesa-gesa untuk menghabiskan upacara
pengkebumian anaknya.."
Pengajaran yang sangat berharga daripada
kisah ini, iaitu jangan mudah menghukum atau menilai seseorang.. hati-hatilah
dengan sangkaan kita , kerana sangkaan yang buruk dan tidak tepat sudah pasti
akan melukakan perasaan individu terbabit.
"SAAT AKU
MENYAMPAIKAN SUATU KEBAIKAN KEPADAMU, BUKANNYA AKU HENDAK MEMBERIKAN NASIHAT
AKAN KEKURANGANMU SAHABAT..TAPI AKU SEKADAR MENJADIKAN DIRIMU SEBAGAI
PERANTARA, AGAR NASIHAT ITU SAMPAI KEPADA DIRIKU."MENGARAHKAN WAJAH KE
CERMIN, BUKAN BERERTI MENCARI-CARI KEKURANGAN CERMIN, NAMUN HAKIKATNYA ADALAH
MENCARI KEKURANGAN DIRI UNTUK DIPERBETULKAN AGAR LEBIH BAIK, DENGAN PERANTARAAN
CERMIN"