Wednesday, June 26, 2013

Renung Kembali....

Sudah berbulan aku tinggalkan bandar itu.. Memang tak  ku jejak kembali. Memang Aku sudah berpatah arang selepas apa yang telah terjadi... pemergian ku ibarat rajuk yang panjang yang tak dapat di pujuk. bukan aku sengaja untuk pergi tanpa pamit seperti orang yang tidak mempunyai adap sopan...

namun maaf seribu kali maaf aku terpaksa pergi...jikalau aku masih tetap duduk disitu aku tidak pasti apa yang bakal berlaku.. aku memang terpaksa...selepas apa yang terjadi sewaktu di bandar itu memang telah menguris perasaan ku. mungkin nampak seperti aku tidak menghiraukan apa yang telah terjadi... namun aku tetap terluka. sebenarnya dalam hidup ini untuk memaafkan memang mudah...namun untuk melupakan itu yang sukar....aku tak tahu berapa lama lagi masa yang aku perlukan. tetapi aku benar2n telah terluka..

Maaf ku pinta pada yang terlibat. mungkin suatu masa nanti kita akan bersua kembali.. namun hanya masa sahaja yang bakal menentukan segalanya..aku memang tidak mampu untuk melembutkan hati ku.. berbulan2 aku hidup dengan penuh sengsara dengan gelak tawa kalian kerna kejatuhan ku.

Terima kasih kerana telah mematangkan diriku dan juga membuatkan aku menjadi  lebih kuat serta tabah dalam meneruskan kehidupan ini...
terima kasih atas segalanya..

Syukur Alhamdullilah aku sudah berjaya dalam mengharungi kesusahan ini...
Memang benar Allah tak kan menguji kehidupan hambanya jika dia tahu hambanya tidak mampu.
dan itu juga adalah tanda dia menunjukkan yang dia sayang pada hambanya..
Bersyukurlah atas apa yang telah berlaku.

:)