Friday, October 22, 2010

luahan: DUIT

luahan: DUIT: "Duit …duit…duit…duit…duit…ibarat irama dengan lagu…tidak dapat dipisahkan dengan kehidupan kita. Sebab duit kita boleh gembira, dan sebab du..."

DUIT

Duit …duit…duit…duit…duit…ibarat irama dengan lagu…tidak dapat dipisahkan dengan kehidupan kita. Sebab duit kita boleh gembira, dan sebab duit juga kita boleh sedih..bergantung bagaimana kita mahu membelanjakan duit itu untuk kehidupan kita..setiap orang menghabiskan dengan cara yang berbeza… Ada yang membeli barang keperluan, yang memenuhi kehendak , segala desire kita dan sebagainya….. tapi percaya atau tidak…duit memang boleh membeli kebahagian… Cuma bahagia yang bagaimana yang kita cari…semuanya kita semua yang menentukan….selalu kita mendengar orang berkata…bukan semua yang boleh dibeli dengan duit..YA memang betul bukan semua yang boleh dibeli dengan duit…nak tahu apa yang tidak mungkin dibeli dengan duit…. Yang paling utama ibu bapa kandung kita, walau dimana pun kita cari, mungkin mahu shopping ibu bapa yang lain..TAK MUNGKIN kita akan ketemu dengannya….walaupun kita obsess dengan BRAND yang berlainan…hahhaha…mungkin ini sesuatu perkara yang agak mengarut…well..dunia sekarang banyak yang sudah berubah…masing2 begitu pentingkan dengan duit….masalah kasih sayang dah begitu banyak yang terjadi……anak yang terbiar…ibu dan bapa yang dihantar ke pusat orang tua…nenek dan atuk yang didera ..malah banyak lagi masalah social yang berlaku….ini semua gejala dari keruntuhan social……berpunca dari duit

Tuesday, October 19, 2010

14/10/2010 #2

Satu lagi perkara yang telah terjadi dalam hidupku..untuk pengetahuan semua…pada 12 april 2010 aku telah mula bekerja di sebuah company contractor oil and gas di Bandar Baru Bangi..sememangnya aku bersyukur yang teramat sangat kerana akhirnya selepas beberapa bulan aku tidak bekerja..akhirnya aku dapat juga kerja..omungkin ALLAH mahu aku menjaga anak aku dengan sepenuhnya sehingga anak ku benar-benar sihat…



Kini apabila tiba 14/10/10..memang sudah 6 bulan aku bekerja disini..tapi malangnya aku masih lagi tidak dapat confirm…alas an untuk aku tidak dapat diconfirmkan memang kelakar..apapun aku dapat rasakan ini hanyalah berdasarkan dari rasa tidak puas hati…namun siapa aku nak melawan takdirnya…..mungkin ini hanya dugaan yang diberinya untuk aku Terus tabah dalam menghadapi kehidupan..aku akan cuba untuk terus berfikir positif



aRRRgggggHHHHHHH...LINTAH

14.10.10..lintah..satu pengalaman baru buat ku…aku mencuba membuat bekam lintah semalam..walau hasilnya agak mendukacitakan..tetapi semasa proses percubaan tu agak sensiaonal..heheh…proses pembelajaran yang menarik aku rasakan…memang mengkagumkan sewaktu melihat liintah itu merayap, mencari tempat yang ingin disedut, kemudian menggigit…agak sakit sedikit pada permulaannya..tetapi selepas seketika….proses ini semakin ok…katanya lintah ini mencari darah kotor berdasarkan pada bau..aku tidak pasti..namun yang pasti memang menyeronokkan…mungkin sekiranya duit mencukupi aku boleh melakukannya lagi bulan hadapan….


yang sebenarnya aku tak takut pun...cuma rasa pening lalat jer

Wednesday, October 13, 2010

TErus Melangkah....

Detik 12 malam mataku semakin berat. Tetapi hatiku terbetik..penuh kerunsingan..masalah dalam hidupku tak putus2. Allah sentiasa mahu menduga hidupku…memang tidak dinafikan penyesalan atas kesilapan begitu banyak yang ingin ku perbaiki…namun sesungguhnya aku tidak cukup kuat…aku sebenarnya bukan orang yang tabah, kuat semangat…aku hanyalah manusia biasa sahaja…sememangnya hidup seorang manusia penuh onak duri ranjau meliku disepanjang hidupnya….namun siapa aku untuk melawannya…apa yang harus aku lakukan hanyalah terus melangkah….dan terus melangkah…berpatah balik mungkin tidak..tetapi berehat seketika….

Hidup ini sebenarnya begitu sunyi…..sepi…dilalui dengan perkara yang hampir sama setiap hari..memang setiap apa jalan yang kita pilih kita perlu mengadapinya dengan tabah….kesepian hidup ini diselang selikan dengan hiruk pikuk masalah yang dihadapi…memang taktala ketika menghadapinya ada duka, ria, gembira dan sebagainya…akan k uterus melangkah…pergi terus



Tuesday, October 12, 2010

luahan: 12.10.2010

luahan: 12.10.2010: "Ya allah…..semalam genap 6 bulan aku disini..dari segi perkembangan kerja…banyak yang aku ingin perbaiki..tapi apa yang aku nak….company mel..."

12.10.2010

Ya allah…..semalam genap 6 bulan aku disini..dari segi perkembangan kerja…banyak yang aku ingin perbaiki..tapi apa yang aku nak….company melayu..keja pun layu jer…tak der persaingan yang sihat, penuh politik melayu yang tak berkembang. Nak jaga bontot sendiri hingga sanggup tabur pasir di periuk nasi orang lain..tapi yer la kan..ALLAH maha ADIL. Maha MENGETAHUI, Maha MENGASIHI…hari ni ko buat aku…walau aku tak mau balas..tapi ko tetap akan terima balasan..bukan dari aku..tapi….dari Nya… Aku percaya ALLAH bersama ku..terutama aku orang yang dianiaya….ALLAH maha Mengasihani….



Niat aku bekerja untuk mencari rezeki bagi keluargaku dan anak ku….tetapi taktala orang menabur pasir sedemikian…sesungguhnya aku sedih, kenapa orang berperasaan busuk sedemikian…tidak berperasaan kah dia? Ya allah jika benar…..rezki ku masih disini…berilah aku peluang..Kau tunjukkan lah pada dirikku ini yang tempat ini masih memerlukan aku dan sahkan…tapi sekiranya tempat ini tempat yang bakal ku kerja seumur hidup…kau tunjukkan la jalan..berikan aku kerja yang sebaik2nya untuk aku….Hanya padamu tempat aku memohon tiada yang lain…AMIN….