Wednesday, June 6, 2012

Petua Untuk Hilangkan Mengantuk di Pejabat


1. Bau-bauan – Anda tidak perlu minum kopi. Bau aroma akan membantu anda untuk berasa segar. Aroma minyak boleh membantu – eucalyptus atau mint. Setiap aroma yang kuat sekurang-kurangnya boleh digunakan untuk beberapa waktu membuat anda tetap terjaga.
 
2. Urut – Ada beberapa teknik untuk sistem tubuh anda kembali segar. Urut di bahagian telapak tangan, muka dan kepala. Dalam masa beberapa sahaja, anda akan berasa segar dan aktif semula.
 
3. Cahaya – Ketika keadaan gelap di sekeliling anda, satu isyarat akan membawa ke otak anda bahawa tidur adalah pilihan yang baik. Pastikan ada cukup cahaya di bilik atau pejabat anda. Pergi ke tempat terang atau banyak cahaya matahari untuk beberapa minit. Jika pejabat anda  tidak ada jendela, pastikan cahaya di sekeliling cukup terang. .
 
4. Jangan duduk terlalu lama di kerusi anda. – Mengubah kerusi atau banyak berjalan akan mengaktifkan anda semula.
 
5. Makanan – Jangan biarkan diri anda lapar. Jangan makan terlalu banyak. Makanan ringan lebih baik. Jika perut anda sudah penuh, dan kepala anda berkabut dari tidur tidak cukup, ini suatu alasan untuk rasa hendak tidur.
 
6. Muzik -  Muzik boleh membuat anda tetap terjaga. Mainkan muzik yang mempunyai rentak “up-beat”, supaya anda lebih segar dan bermotivasi positif.
 
7. Berjalan-jalan – Jika anda tidak boleh pergi ke luar,  anda boleh berjalan-jalan di kawasan pejabat anda sambil berinteraksi dengan rakan-rakan sepejabat.
 
8. Air  - Minum air suam selalu untuk menyegarkan minda dan tubuh anda.
 
9. Bersihkan meja – Jika anda masih tidak dapat menumpukan perhatian pada pekerjaan anda, buat sesuatu kerja yang bermanfaat seperti membersihkan meja. Dengan cara ini anda tidak akan hanya duduk diam sahaja. Meja yang bersih dan teratur  mencerminkan imej positif. Anda sendiri akan berasa puas dan selesa. yang dapat menggembirakan.
 
10. Tidur -  Sewaktu rehat, tidur di meja anda. Tidur atau melelapkan mata selama 20 minit sudah mencukupi untuk menyegarkan anda semula.

Sunday, June 3, 2012

Rahsia kebijaksanaan Yahudi


Baru-baru ini saya ada terbaca satu artikel yang di tulis oleh Dr Stephan Carr tentang bagaimana kaum Yahudi dapat melahirkan ramai cendiakawan dari pelbagai bidang. Artikel ini bertajuk “WHY THE JEWS SO SMART?”. Saya terbaca pun setelah rakan saya ‘print’ dan menghebahkannya. Amat menarik kerana artikel membincangkan tentang adakah kaum Yahudi ini di lahirkan untuk menjadi pintar, suatu kebetulan atau atas usaha mereka sendiri? 


Selepas saya membaca artikel ini, saya ada membuat sedikit kajian dan membaca artikel-artikel lain bagi menyokongnya seterusnya melakukan perbezaan dalam kehidupan kita terutama Bangsa Melayu. Artikel ini beliau menulis setelah beliau melakukan pelbagai kajian yang mengambil masa berbelas tahun. Di sini saya ingin sedikit menguraikannya supaya kita semua dapat berfikir bersama.


Proses Bermula Dari Dalam Kandungan

Permulaan artikel ini, beliau menerangkan bagaimana proses ‘Kebijaksanaan’ Yahudi itu bermula. Menurut kajian Dr Stephan, apabila kaum Wanita Yahudi (si Ibu) mengandung, si Lelaki (Ayah) dan ibu tadi akan membeli buku matematik, menyanyi dan bermain piano. Dan semua perkara ini mereka akan lakukan bersama terutama menyelesaikan masalah matematik. Ini kerana keinginan mereka ingin melahirkan zuriat Yahudi yang genius dan bijaksana. Bagi saya ia amat menarik sekali. Jarang kita lihat perkara ini berlaku di kalangan orang kita.

Dalam beberapa artikel lain yang saya baca, sekiranya si Ibu banyak berfikir tak kira yang bagus atau tidak, ia akan di ‘pindahkan’ kepada si anak dalam kandungan itu. Jadi sekiranya si ibu berfikir tentang menyelesaikan masalah matematik atau apa saja ilmu-ilmu, insya Allah dengan izinNYA ilmu itu akan di pindahkan kepada si bayi tadi.

Itu sebabnya Islam amat menggalakkan kita membaca Al Quran, melakukan perkara yang baik lagi yang bijaksana supaya anak kita nanti akan berjaya dan menjadi seorang ‘MANUSIA’. Kaedah seperti meletakkan ‘head-phone’ ke perut dan mendendangkan lagu-lagu berilmu serta bacaan ayat Suci Al Quran pun amat berkesan kerana dengan sumber yang terus mampu merangsangkan otak si bayi.



Pemakanan Ibu Mengandung

Itu dari segi perbuatan semasa mengandung. Bagaimana dengan pemakanan si Ibu pula? Menurut artikel beliau, kebanyakkan ibu-ibu Yahudi yang mengandung lebih banyak memakan kekacang terutama kacang badam dan kurma dengan susu. Kajian menyatakan protein kacang terutama kacang badam amat baik untuk merangsang pertumbuhan otak bayi. Manakala kurma dan susu saya rasa tak perlu la say ajelaskannya lagi kerana Rasullullah sendiri telah menjelaskan khasiatnya. Di samping itu, si ibu tadi di galakkan makan roti dan ikan tanpa kepala serta salad. Di tambahkan pula dengan mengambil pil minyak ikan sebagai pil tambahan (supplementary).

Ini semua cukup jarang berlaku di kalangan masyarakat Melayu. Kita masih lagi terikat dengan pantang larang yang di buat oleh orang dulu. Memang ada pantang larang itu bagus tapi kenapa kita tak nak cuba melakukan perkara yang memberi sedikit kelainan. Namun ada ibu-ibu moden sekarang melakukan perubahan. Lebih banyak mengambil supplement yang memberi khasiat kepada bayi dan diri sendiri, minum susu dan memakan kekacang.

Untuk pengetahuan, susu amat bagus untuk kesihatan ibu dan juga bayi dalam kandungan kerana ia mampu mempercepatkan pembesaran tulang, sel-sel otak dan mencerahkan kulit bayi iaitu merangsang sel-sel kulit bayi. Itu sebabnya orang Yahudi putih. Kenapa orang Yahudi amat melarang memakan kepala ikan terutama kepada ibu mengandung? Ini kerana menurut kajian saintis-saintis kepala ikan mempunyai beberapa jenis bahan kimia yang boleh merencatkan sel-sel otak dan saraf manusia terutama bayi yang sedang membesar. Jadi, macamana dengan Kari Kepala Ikan? Mmmm. Anda fikirkanlah.



Pemakanan Orang Yahudi

Bagaimana dengan cara pemakanan orang Yahudi itu sendiri. Seperti saya katakan tadi, mereka suka makan ikan terutama fillet dan salad serta kekacang. Seperti orang kita, mereka amat melarang memakan daging dan ikan bersama. Sebabnya kita sendiri pun mengatahuinya. Kalau tak tahu, Tanya ibubapa kita. DI samping itu, mereka amat suka dan menggalakkan memakan buah-buahan dulu sebelum memakan hidangan utama.

Kajian menunjukkan ikan amat bagus untuk perangsangan minda dan ia sendiri telah terbukti di Malaysia. Kenapa peratusan pencapaian kejayaan untuk semua peperiksaan utama (UPSR, PMR dan SPM) amat cemerlang di negeri Kelantan dan Terengganu. Satu kajian tak rasmi, menyatakan bahawa penduduk di dua buah negeri ini menjadikan ikan sebagai makanan utama dan ikan tongkol (Ikan dalam hidangan Nasi Dagang) adalah ikan utama.


Ikan tongkol ini adalah sama spesis dengan ikan Solomon dan saya rasa anda semua sendiri tahu khasiat ikan Solomon. Sekiranya tak tahu, ikan Solomon mempunyai protein OMEGA yang tinggi dan amat bagus untuk pertumbuhan minda kita. Jadi khasiat ikan Tongkol adalah lebih kurang sama dengan ikan Solomon.

Memakan buah-buahan sebelum memakan makanan utama memang bagus untuk kesihatan. Islam dan Rasulullah sendiri telah mengajarkannya kepada kita. Cuma orang kita yang tak mahu mengikutnya dan lebih suka memakan buah selepas makan berat. Menurut kajian orang Yahudi sendiri, makan buah selepas makan hidangan utama terutama hidangan karbohidrat menyebabkan kita akan rasa mengantuk, lemah dan sukar memahami pelajaran atau ilmu. Di samping itu juga ia tidak baik untuk kesihatan badan kita. Betul tak lepas makan kita akan rasa mengantuk?



Sistem Pembelajaran Yahudi 

Bagaimana pula sistem pembelajaran anak-anak mereka? Dalam artikel ini serta artikel lain, kerajaan Yahudi itu sendiri amat menitikberatkan pendidikan. Pembelajaran mereka lebih menumpukan kepada sains, perniagaan dan musik serta penumpuan kepada sukan atau aktiviti luar darjah. Jadi tak hairanlah sekiranya mereka berjaya dalam bidang sains dan perniagaan kerana kerajaan mereka sendiri memberi begitu penekanan sehingga melahirkan ramai cendiakawan serta memonopoli perniagaan dunia seperti Starbuck, DKNY, Levi’s, Dunkin Donut dan banyak lagi.

Mereka amat mengalakkan anak-anak mereka mencuba perkara-perkara baru, mencipta projek-projek sains sendiri walaupun ia Nampak mengarut dan lucu kadang-kadang tetapi mereka di beri peluang berfikir dan sekiranya projek mereka seperti berpotensi maka pihak sekolah akan beri lebih ketelitian.



Pengaruh Muzik dan Sukan 

Kenapa mereka memilh musik? Menurut mereka, bermain musik dan memahami nota musik dapat meningkat IQ dan merangsang otak. Dan mereka juga mengalakkan atau mewajibkan kanak-kanak bermain piano dan biola. Bidang sukan juga turut di beri penekanan dan sukan memanah, menembak dan balapan.

Bagi mereka, sukan-sukan terutama memanah dapat melatih otak memfokuskan sesuatu. Di samping itu, ibubapa amat mengawal pemakanan anak-anak mereka. Kanak-kanak di sana di haruskan makan buah-buahan bersama kacang badam dan memakan pil minyak ikan. Menurut beberapa pengkaji, orang Yahudi rata-rata memahami 3 jenis bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris.



Realiti Pendidikan Masyarakat Malaysia

Berbalik kepada masyarakat kita. Bagaimana sistem pendidikan kita? Bagaimana dengan pembelajaran anak-anak kita sekarang? Apa yang saya boleh rumuskan adalah masih lemah. Walaupun pelbagai kaedah pembelajaran, pembaharuan dasar atau apa sekalipun ia masih belum menunjukkan sebarang peningkatan.

Kalau kita perhatikan sistem pendidikan kita, tidak ada penekanan dalam mana-mana bidang. Anak-anak kita seperti tidak haluan untuk maju. Kita lebih menekankan sistem hafalan atau mengingat daripada pemahaman serta penelitian. Dan ini merupakan salah satu sebab kurangnya lelaki di institusi-institusi tinggi di Negara kita. Pengkhususan bidang hanya bermula apabila pelajar tersebut selesai mengambil PMR.

Namun yang menjadi kehairanannya sekarang pelajar-pelajar yang keputusan PMR mereka lemah di suruh ambil bidang SASTERA. Tidakkah kita terfikir yang bidang sastera ini perlu banyak membaca. Kalau mereka ini rajin membaca keputusan mereka taklah LEMAH. Sekarang ada pengkhususan bidang seperti IT, Kejuruteraan, Lukisan dan lain-lain tetapi lebih kepada di sekolah-sekolah asrama penuh. Kalau dulu para pelajar yang lemah ini boleh mengharapkan aliran Vokasional tetapi sekarang Vokasional pun perlu kelulusan sederhana.


Orang Yahudi Benci Rokok 

Dalam artikel Dr Stephan ini juga ada satu perkara yang begitu menarik minat saya. MEROKOK. Menurut beliau, orang Yahudi tak suka merokok dan mereka menganggap merokok ini adalah TABOO. Dan ada beberapa lagi artikel lagi menyokong kenyataan ini. Kebanyakan daripada rakyat Yahudi ini tak suka kepada rokok dan juga perokok. 


Menurut penulisan Dr Stephan ini, para saintis Yahudi menjalankan satu kajian di mana Nikotin yang terdapat dalam rokok dapat merosakkan sel-sel utama otak dan seterusnya melekat ataupun kerosakkan ini akan menjadi keturunan atau Hereditary. Jadi kesimpulan yang ringkas, perokok akan sentiasa membawa gen yang rosak otak seterusnya menghasilkan generasi yang ‘cacat’ otak. 

Dalam artikel ‘Prices Of Cigarettes’ menunjukkan harga sekotak rokok di Israel adalah lingkungan USD 25-30(RM 80-95) dan satu kajian yang terperinci oleh WHO mendapati rakyat Israel paling kurang menghisap rokok di dunia. 

Namun pengeluar dan pemilik rokok terbesar di dunia adalah dari kaum Yahudi dan hampir 100% keuntungan rokok dunia di salurkan ke Israel. Jadi kenapa semasa kempen boikot-memboikot barang USA dan Yahudi, jenama rokok terkenal tidak di boikot bersama? Anda fikirkan?

Jadi bagi perokok di luar sana, adakah anda tahu yang anda membawa gen-gen ‘cacat otak? Jangan marah kerana ini kenyataan. Memang sekarang anda tak nampak permasalahannya tetapi cuba lihat anak anda dan dua generasi anda seterusnya. Pernahkah kita terfikir kenapa anak-anak sekarang degil, suka memberontak, panas baran, tak dengar cakap ibubapa serta sukar untuk mempelajari dan memahami perkara-perkara baru. Betul ramai pelajar yang berjaya dalam SPM, dari 9A1 hingga 20A1 dan juga ramai yang berjaya memasuki IPTA atau IPTS. Adakah ini kualiti yang Negara mahukan. Tidakkah kita lihat lagi ramai para remaja yang ‘rosak’ daripada yang berjaya.


Malaysia antara Tertinggi Hisap Rokok 

Kajian WHO juga boleh menyokong kajian Dr Stephan ini di mana ia menyatakan bahawa masyarakat Asia khususnya Asia Tenggara adalah masyarakat yang paling banyak menghisap rokok berbanding di Negara lain. Bolehkah kita mengaitkan bahawa faktor rokok merupakan salah satu faktor di mana Negara-negara di Asia Tenggara kurang maju dan agak kebelakang.

Mari kita kita bandingkan, negara-negara Asia Tenggara yang lain selain SIngapura dengan hanya berkenaan rokok. Kebanyakkan Negara-negara di Asia Tenggara tidak mempunyai undang-undang yang ketat berkenaan rokok. Malahan harga rokok pun tidaklah mahal sangat berbanding di Singapura. Di sana, hanya 10-17% rakyatnya merokok. Di samping itu juga untuk merokok hanya di kawasan tertentu saja dan sekiranya mereka merokok di kawasan terbuka mereka akan di kenakan kompaun dan akan di hadapkan ke mahkamah. Itu baru merokok, tak termasuk buang punting rokok merata-rata.

Di Malaysia memang ada undang-undang untuk perokok tapi kurang atau tidak ada langsung penguatkuasaan.Walaupun kompaun sampai RM25,000 sekiranya merokok di kawasan larangan merokok tapi pernah kita melihat perokok di tangkap dan di kenakan saman atas kesalahan merokok.

Sedikit pengetahuan, kebanyakkan remaja Singapura di kategorikan antara remaja mempunyai IQ tinggi di dunia dan rakyat INDIA mempunyai IQ paling bagus di dunia. Jadi tak hairanlah Singapore National University antara 50 universiti terbaik di dunia dan berjaya melahirkan graduan yang hebat. Berbanding di Negara kita dan Negara-negara Asia Tenggara yang lain.

Jadi, mari kita berfikir tentang kehebatan kaum Yahudi berbanding bangsa kita. Memang mereka adalah kaum yang di laknat oleh ALLAH buat selama-lamanya tapi kenapa perkara yang baik kita tak boleh nak contohi, demi melahirkan generasi yang hebat, cerdik dan taat. Masih banyak perkara lagi yang saya tak sentuh terutama bab cara mereka membantu kaum mereka dalam perniagaan, bidang penumpuan di IPT, kesungguhan memartabatkan bangsa dan agama mereka dan banyak lagi.

Jadi kesimpulannya adakah kaum Yahudi ini menjadi hebat kerana kurniaan daripada Tuhan atau pun atas usaha dan kesungguhan mereka sendiri. Ingatlah Allah sentiasa membantu orang bersungguh-sungguh. Anda fikirkanlah sendiri. Saya bukan menyokong mereka tapi hanya untuk kita semua berfikir dan sedar yang Islam kebelakang dan di tindas kerana kita tidak ada generasi yang hebat lagi cerdik pandai. Semoga Malaysia dan Islam terus maju kehadapan.

Sedikit santapan – Satu kajian yang di lakukan bahagian Kardiologi PPUM di ketuai oleh Prof. Wan Azman menyatakan apabila kita sujud semasa sembahyang, pada ketika itu denyutan jantung kita akan menjadi perlahan dan stabil. Sekiranya jantung kita sentiasa berdenyut dalam keadaan yang biasa dan stabil, Insya Allah ia akan memanjangkan umur kita dan kualiti jantung kita.

sumber: myibrah, www.syok.org

Doa Buka 12 Pintu

Assalamualaikum,




Dah lama aku  tak update blog ni...rindu nak update...malam tadi sengaja aku habiskan masa surf net...anak manja ku dah pu melelapkan mata...mata ku yang tak dapat nak lelap....badan terlampau penat... ada aku terjumpa satu doa ni daripada dr fadzillah kamsah...mungkin kita sama-sama boleh cuba amalkan untuk memantapkan ilmu masing-masing...adalah diingat aku ni tak alim tetapi aku cuba untuk perbaiki diri aku ke arah yang lebih positif..maaf sekiranya ada kesilapan, ini adalah kekhilafan diriku.sekiranya ada yang perasan tolonglah perbetulkan..


Doa ini diamalkan untuk  dapat apa yg dihajati...insyaAllah... kita mengamalkan mana2 yg baik.....lagipun Allah kan suka hamba2Nya berdoa.


Dengan Nama Allah yg Maha Pengasih lg Maha Penyayang..Ya Allah  buka kanlah bagiku 
pintu2 kebaikkan,
pintu2 keselamatan,
pintu2 nikmat,
pintu2keberkatan,
pintu2 kekuatan,
pintu2  cinta sejati,
pintu2 kasih sayang,
pintu2rezeki,
pintu2  ilmu,
pintu2  keampunan,
dan pintu2 Syurga.....


wahai Tuhan yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

WAHAI YANG MEMBERI RAHMAT, KURNIAKANLAH RAHMAT KE ATAS KAMI.





Selamat Beramal





Monday, February 27, 2012

Hukum mandi BOGEL adalah Makruh

Petikan Dari Sesi Soal Jawab Agama Harian Metro

Saya ingin bertanya, apakah hukum jika kita mandi dalam keadaan berbogel? Bagaimana pula jika seorang ayah memandikan anak perempuannya yang masih kecil berusia antara satu hingga dua tahun? Minta diperjelaskan kerana saya musykil biarpun sudah berusia 34 tahun.


Jawapan:

Hukum mandi berbogel ialah makruh. Ibu bapa yang mandi bersama anak dalam keadaan telanjang atau bogel dikhuatiri boleh merosakkan akhlak anak itu pada masa depan.

Perlu diingatkan bahawa manusia ditemani dengan malaikat yang tidak pernah berenggang bagi mencatat amalan baik dan buruk dilakukan manusia pada setiap masa.

Jika kita mandi dalam keadaan bogel di depan anak, biarpun berusia masih mentah, sebenarnya kita sendiri sudah menerapkan akhlak yang tidak baik, kurang malu dan jaga maruah diri. Wallahu a’lam.

Faktor Risiko kepada Keguguran

Keguguran dan keguguran spontan dalam tempoh tiga bulan pertama kehamilan secara amnya disebabkan oleh kromosom yang tidak normal. Ini bermakna bahawa embrio tidak lagi dibentuk dengan baik, hasil daripada konsep berhenti dari evolusi dan dihapuskan.



Daripada semua pengguguran yang berlaku sebelum minggu ke-8, 30% tidak mempunyai janin yang dikaitkan dengan pundi amnion dan plasenta. Keguguran selepas kehamilan yang pertama boleh disalahkan pada rahim yang tidak matang. Kehamilan seterusnya adalah mungkin untuk pembentukan seperti biasa. Banyak kes keguguran tidak mempunyai sebab yang diketahui.

Lain-lain punca keguguran termasuk gangguan kolagen (eritematosus lupus), kencing manis, kecacatan fasa luteal, jangkitan (TOXOPLASMOSIS, listeria, chlamydia, herpes genital, gonorrhea), fibroid rahim, gangguan hormon, rawatan atau keabnormalan kongenital progesteron rahim.

Apakah faktor-faktor risiko?

• Umur seseorang wanita. Untuk wanita di bawah 35 tahun, kadar keguguran adalah lebih rendah daripada wanita lebih 35 tahun. Wanita lebih 40 tahun  berkemungkinan mempunyai dua lagi peluang untuk kehilangan kehamilan daripada seorang wanita berusia 20 tahun.

• Mempunyai sejarah keguguran sebelumnya: wanita yang mempunyai dua atau lebih keguguran berturut-turut boleh kehilangan kehamilan sekali lagi berbanding wanita lain.

• Masalah jantung atau penyakit kronik, penyakit paru-paru, penyakit buah pinggang, gangguan hormon, mewarisi gangguan pembekuan darah, sesetengah penyakit imun, kekurangan vitamin (terutamanya Vitamin E), kencing manis yang teruk dan hepatitis

• Merokok semasa mengandung boleh mencetuskan pengguguran bayi, kematian janin, kelahiran pra-matang dan masalah pernafasan. Rokok dengan kandungan tar yang lebih tinggi menghasilkan tahap karbon monoksida yang tinggi, bayi tidak dapat menerima oksigen sepenuhnya. Hidrogen sianida dan nikotin mengenakan tindakan toksik.

• Alkohol

• Dadah seperti kokain atau ekstasi

• Kafein (kopi, cola minuman) semasa mengandung dan juga penggunaan sederhana kopi semasa kehamilan, terutamanya pada suku pertama, sebahagian besarnya meningkatkan risiko keguguran

• ubat-ubatan tertentu. Anda tidak perlu mengambil sebarang ubat sepanjang kehamilan tanpa preskripsi perubatan yang ketat. Anda harus mengelak daripada mengunakan pil tidur, ubat sakit, pencahar, julap, antibiotik, ubat-ubatan antiemetic.

• Rahim syarat-syarat seperti rahim hypoplasia (rahim tidak cukup untuk perubahan yang dikenakan oleh kehamilan). tumor malignan atau benign rahim (fibroid rahim)

• Bengkak pengalas rahim (endometriosis)

• Pendedahan kepada toksin alam sekitar seperti plumbum, arsenik, bahan kimia tertentu seperti formaldehid, benzena dan etilena oksida, dan dos radiasi yang tinggi atau gas anestetik

• Trauma perut, luka memar abdomen

• Kemurungan yang teruk, tekanan besar kepada psikologi

• Faktor-faktor risiko dari Bapa: terdapat risiko keguguran yang lebih tinggi jika bapa telah didedahkan kepada raksa, plumbum dan lain-lain bahan kimia industri dan racun perosak.

• Obesiti – wanita yang berlebihan berat badan mempunyai risiko 67% lebih besar keguguran berbanding dengan mereka yang mempunyai berat badan normal. sumber


Thursday, January 19, 2012

Inilah dia joystick terbesar di dunia



Michel Verhulst dari University of Technology di Belanda dan Ben Allen (kanan) sedang bermain game dengan menggunakan joystick terbesar di dunia bertempat di Liverpool Street Station, London. Joystick ini direka oleh Ben Allen yang merupakan pelajar kejuruteraan British. Joystick ini berukuran 12 kaki X 5 kaki 3 inci X 1 kaki 8 Inci iaitu 30 kali ganda saiz standard controller NES. Benda ini dihasilkan sempena pelancaran buku Guiness World Record 2012 Gamer's Edition yang baru. - The Telegraph

Monday, January 9, 2012

Gambar Masjid Tercantik Di Dunia



Alhamdulillah....Setiap Masjid itu sudah lahiriahnya sedia cantik dan indah. Tetapi dalam entri saya hari ini saya nak update pasal masjid yang tercantik senibinanya di dunia.


Masjidilharam, Mekah




Masjid Nabi Muhammad SAW



Masjid Biru






Masjid-Masjid Di Borneo










Masjid Di Bahrain








Masjid Putrajaya, Malaysia




Masjid Zahir, Kedah malysia




Masjid Al-Mashun




Masjid Tercantik  Di Brunei














Masjid Sultan, Singapura




Masjid Baiturahman, Aceh, Indonesia



10 Jenis Siksaan Yang Menimpa Wanita Penghuni Neraka

Inilah sepuluh jenis siksaan yang menimpa wanita yang diperlihatkan kepada Nabi Muhammad SAW ketika melalui peristiwa Isra dan Mikraj, inilah peristiwa yang membuat Rasulullah menangis setiap kali mengenangkannya.


Dalam perjalanan itu, antaranya Rasulullah SAW diperlihatkan 
(1) perempuan yang digantung dengan rambutnya, sementara itu otak di kepalanya mendidih. Mereka adalah perempuan yang tidak mau melindungi rambutnya agar tidak dilihat lelaki lain.

Siksaan lain yang diperlihatkan Rasulullah SAW ialah 
(2) perempuan yang digantung dengan lidahnya dan
 (3) tangannya dikeluarkan dari punggungnya dan 
(4) minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan kata-katanya.

Rasulullah SAW juga melihat bagaimana 
(5) perempuan digantung buah dadanya dari arah punggung dan air pohon zakum dituang ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa keizinan suaminya.

Ada pula 
(6) perempuan diikat dua kakinya serta dua tangannya sampai ke ubun dan dibelit beberapa ular dan kala jengking. Mereka adalah perempuan yang mampu sholat dan berpuasa tetapi tidak mau mengerjakannya, tidak berwudhu dan tidak mau mandi junub. Mereka sering keluar rumah tanpa mendapat izin suaminya terlebih dulu dan tidak mandi yaitu tidak bersuci selepas habis haid dan nifas.

Selain itu, Rasulullah SAW melihat 
(7) perempuan yang makan daging tubuhnya sendiri sementara di bawahnya ada api yang menyala. Mereka adalah perempuan yang berhias untuk dilihat lelaki lain dan suka menceritakan aib orang lain.

Rasulullah SAW juga melihat 
(8) perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting neraka. Mereka adalah perempuan yang suka mencari perhatian orang lain agar melihat perhiasan dirinya.

Siksaan lain yang dilihat Rasulullah SAW ialah 
(9) perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya pula seperti keledai. Mereka adalah perempuan yang suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.

Ada pula perempuan yang Rasulullah SAW lihat 
(10) bentuk rupanya seperti anjing dan beberapa ekor ular serta kala jengking masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya. Mereka adalah perempuan yang suka marah kepada suaminya dan memfitnah orang lain.

Tulisan ini tidak bermaksud menyudutkan wanita atau menempatkan wanita sebagai sumber dosa.
Inilah keadaan seadanya yang sesuai riwayat yang ada.

Sumber : NN (Diambil dari kebunhikmah. com)