Sunday, August 12, 2012

Tanggungjawab Ibu Solehah



Assalamualaikum.

Ibu solehah berkewajipan menerangkan perkara-perkara yang diharamkan dalam Islam dan wajib dihindari walaupun hukumnya sekadar makruh kerana dibimbangi akan membawa kepada hukum yang lebih berat, iaitu haram. Beberapa perkara yang wajib diberi peringatan kepada anak-anak supaya menjadi anak yang soleh solehah dan membentuk keperibadian Islam yang lebih sempurna ialah:

1. Memberi peringatan akan larangan mengamalkan sikap meniru-niru perkara-perkara yang dilakukan oleh agama lain, seperti berpakaian yang terdapat tanda salib, ada paparan gambar-gambar yang memperlihatkan unsur agama lain, ada perkataan-perkataan yang tidak elok, dan jangan bertaklid buta.

2. Tidak terlalu mendambakan kehidupan dunia yang fana. Sebaik-baiknya diberi peringatan bahawa perlu seimbangkan antara kehidupan dunia dengan akhirat.

3. Menjauhi muzik dan senda gurau yang melampau dan mempunyai unsur untuk menjauhkan agama Islam.

4. Tidak menyerupai lelaki bagi wanita dan lelaki tidak menyerupai wanita. Berdosa hukumnya.

5. Tidak berhias secara keterlaluan.

6. Tidak mengunjungi tempat-tempat sembahyang agama lain.

Sumber : Suami Isteri Paling Bahagia

No comments:

Post a Comment

Terima kasih.