Tuesday, June 26, 2012

Kopi Buat Payudara Kecut


  
LONDON: Pengambilan hanya tiga cawan kopi sehari dikatakan mampu
mengecutkan buah dada wanita kerana kafein yang terlalu banyak
boleh menjejaskan hormon dalam badan dan menggugat saiznya.


Kajian terbaru yang dijalankan sekumpulan penyelidik menunjukkan
lebih banyak kopi yang diminum, lebih kecil saiz buah dada mereka.

Hampir 300 wanita yang mengambil bahagian dalam kajian itu dan
mereka ditanya purata jumlah pengambilan kopi sehari dan saiz payu
dara mereka diukur.

keputusan kajian itu yang disiarkan Jurnal Kanser Britain mendapati
bahawa dengan hanya meminum sekurang-kurangnya tiga cawan kopi atau
lebih sehari sudah cukup untuk mengecilkan saiz buah dada mereka.

Kesannya meningkat bagi setiap cawan kopi yang diminum.

Hampir separuh daripada wanita dalam kajian itu menunjukkan
perubahan gen yang dikaitkan dengan pengambilan kopi dan saiz payu
dara mereka.

"Meminum kopi boleh memberi kesan besar terhadap saiz buah dada,"
kata Helena Jernstrom dari Universiti Lund, Sweden, yang mengetuai
kajian berkenaan.

"Wanita yang minum kopi tidak perlu bimbang buah dada mereka akan
mengecut dengan cepat dalam masa semalaman. Ia akan menjadi lebih
kecil tetapi tidak terus menghilang," katanya.

"Bagaimanapun, mereka yang berpendapat boleh meneka wanita mana
peminum kopi hanya melalui ukuran baju dalam mereka akan silap.

"Masalahnya, ada dua ukuran bagi sehelai baju dalam iaitu saiz
mangkuk dan ukur lilit jadi tidak mudah untuk anda meneka."

Wanita yang minum lebih tiga cawan kopi sehari mempunyai purata 17
peratus saiz buah dada lebih kecil berbanding mereka yang minum
kurang tiga cawan sehari.

Wanita yang mempunyai saiz buah dada lebih besar paling berisiko
tinggi, kata saintis berkenaan.

Bagaimanapun, kajian itu tidak dapat merumuskan sama ada meminum
jumlah kafein yang banyak setiap hari juga boleh menjejaskan
kepadatan buah dada. - Agensi

No comments:

Post a Comment

Terima kasih.