Wednesday, January 23, 2013

Petanda Seseorang itu Mempunyai SAKA


Petanda Seseorang Mempunyai Saka | 


SAKA dikaitkan dengan mewarisi jin yang membolehkan makhluk halus itu menjadikan pewarisnya dengan pelbagai kuasa ghaib seperti memiliki kecantikan, kekuatan luar biasa atau menjadi individu berpengaruh.
Hukum mewarisi dan menggunakan saka adalah haram di sisi Islam. Biasanya saka diwariskan kepada anak atau cucu kepada pemilik saka.
Saka adalah ilmu keturunan yang dipusakai ada hubung kaitnya dengan jin, sama ada dibela, dibuat sahabat secara sedar atau tidak oleh pemiliknya.
Gejala saka amat berbahaya dan mampu merosakkan kehidupan seseorang. Maka, penting kita menyiasat diri dan keluarga daripada mewarisi saka.
Masyarakat Melayu memahami saka sebagai ilmu yang dipusakai daripada waris teratas kepada waris di bawahnya. Contohnya daripada ibu atau bapa kepada anak, daripada datuk atau nenek kepada salah seorang daripada cucunya, atau seseorang dalam lingkungan keluarga.
Kesan jangka panjang jika seorang yang mewarisi saka ialah mampu menjadikan seseorang itu mendapat sakit sehingga koma atau lumpuh.
Umumnya, kebanyakan orang yang memiliki saka berkebolehan merawat orang yang sakit disebabkan jin dan syaitan. Cara rawatannya dengan menurun menggunakan mantera atau jampi.
Bacaan dan amalan yang dilakukan itu amat meragukan serta sukar difahami. Ia bertentangan dengan syariat kerana mempunyai unsur syirik yang boleh merosakkan akidah.
Jika seseorang itu menyatakan hasratnya pada waris tertentu, seperti anaknya yang dia adalah orang yang paling sesuai atau ‘layak’ mewarisinya.
Penurunan ilmu saka boleh berlaku secara tidak langsung apabila waris menerima barang tertentu peninggalan si mati seperti barangan kemas, keris, lembing atau tombak.
Syaitan akan sentiasa memastikan setiap manusia atau orang yang mewarisinya sesat ketika sampai ajal mereka. Pada mulanya memang saka kelihatan seperti memberi pelbagai kelebihan kepada tuannya seperti melindungi diri, keluarga dan harta benda tetapi itu semua hanya tipu helah untuk menyesatkan manusia.
Pelbagai kesan buruk dan masalah akan timbul dalam jangka masa panjang di mana kemuncaknya menyebabkan manusia itu berdosa besar kerana mensyirikkan Allah SWT.
Antara kesan buruk memelihara saka ialah pemiliknya menghadapi seksaan yang amat perit ketika menghadapi saat kematian kerana roh mereka sukar untuk keluar daripada jasad menyebabkan mereka terseksa ketika menemui ajal.
Situasi lebih dahsyat berlaku apabila pemilik saka sudah meninggal dunia tetapi saka yang dimilikinya masih enggan meninggalkan tuannya.
Gangguan saka juga menyebabkan seseorang dilanda penyakit misteri. Justeru ahli keluarga atau sesiapa saja dilarang menerima warisan saka daripada pemilik asal.
Bagi mereka yang sudah menerima, berusahalah untuk memutuskan hubungan dengan makhluk terbabit dengan mendapatkan khidmat pengamal perubatan Islam yang menggunakan al-Quran dan sunnah sebagai kaedah rawatan.
Pengamal Perubatan, Pusat Rawatan Islam Sinar Zamdurrani, Sharhan Shafie, berkata saka adalah perjanjian yang dibuat antara nenek moyang dengan jin laknatullah untuk mendapat kehebatan, kekuatan, kecantikan, perlindungan tertentu melalui perjanjian tertentu dalam tempoh yang ditentukan (tujuh keturunan).
“Saka berada dalam tubuh badan manusia sejak sekian lama hingga menjadi sebati dengan manusia. Ia berlaku sama ada seorang itu mengetahuinya ataupun tidak.
“Jin berkenaan ditinggalkan nenek moyang pembawa saka apabila mereka meninggal dunia. Ketika hidupnya, mereka berkawan atau membela jin berkenaan yang dikenali dengan pelbagai nama dalam masyarakat kita seperti polong, pelesit, toyol dan sebagainya,” katanya.
Beliau berkata terdapat kronologi bagaimana jin saka berpindah selepas kematian tuan punya saka berkenaan.
“Selepas nenek moyang yang membela jin terbabit meninggal dunia, jasadnya mati selepas roh keluar dari badannya. Namun Begitu, jin yang berdamping dengan nenek moyang itu tidak mati kerana umur jin bukan seperti manusia.
“Apabila jasad perumah saka dikebumikan, jin akan bebas seperti keadaan layang-layang yang terputus talinya. Maka ia akan berkeliaran di atas muka bumi ini untuk mencari pewaris baru,” katanya.
Sharhan berkata kebiasaannya jin berpindah kepada anak cucu yang mengamalkan jampi tertentu yang diambil daripada si mati.
“Saka turut berpindah kepada waris seperti anak atau cucu yang menyimpan barang peninggalan si mati. Mereka berpotensi besar mewarisi saka disebabkan pernah tinggal serumah bersama si mati.

PETANDA SESEORANG MEMPUNYAI SAKA

Gejala waktu tidur
  • Susah tidur malam.
  • Sering terjaga pada waktu malam dalam keadaan cemas dan takut.
  • Mimpi buruk yang dikenali sebagai kabus seperti mimpi melihat sesuatu yang mengancamnya kemudian menjerit meminta pertolongan tetapi tiada siapa mendengarnya.
  • Mimpi perkara menakutkan dan menyeramkan.
  • Mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, unta, ular, serigala, tikus.
  • Bunyi gigi berlaga ketika tidur.
  • Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika tidur.
  • Berdiri dan berjalan ketika tidur.
  • Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
  • Mimpi berada di kawasan kotor atau di tanah perkuburan.
  • Mimpi melihat budak kecil.
  • Mimpi melihat salib atau gereja.
  • Merintih dan menangis ketika tidur.
Gejala waktu jaga
  • Selalu pening kepala.
  • Lalai mengingati Allah SWT
  • Sering lesu dan malas.
  • Rasa sakit di salah satu anggota badan.
  • Sakit di belakang terutamanya tulang belakang.
  • Lenguh sendi-sendi utama.
  • Mempunyai ketumbuhan yang sukar diubati.
  • Mudah panik apabila berhadapan dengan sesuatu ujian.
  • Jiwa sentiasa lemah dan tiada motivasi untuk meneruskan hidup.
  • Mudah marah dan panas baran.
  • Emosional dan terlalu sensitif.
  • Terasa seperti terdapat sesuatu di bawah tapak kaki seperti terpijak batu atau telur.
  • Sentiasa mengantuk terutamanya dalam majlis ilmu.
“Selain itu, golongan yang menjadi sasaran kepada saka adalah anak cucu yang cetek pengetahuan agamanya, sentiasa melakukan maksiat, meninggalkan ibadat seperti solat, mereka yang lemah fizikalnya serta memang terlalu menginginkan sangat kehebatan serta kelebihan nenek moyang mereka,” katanya.
Beliau berkata memang terdapat pertalian erat antara jin dan saka kerana jin yang diwariskan itu umpama harta peninggalan.
“Terdapat hadis daripada Abu Tha’labah berkata. Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Jin itu mempunyai tiga jenis iaitu jenis yang mempunyai sayap dan berterbangan di udara, jenis yang berbentuk ular dan anjing dan jenis yang berpindah randah.
“Jenis jin ketiga itu dikelaskan jenis jin yang menjadi saka kerana mampu berpindah dari satu keturunan ke satu keturunan di bawahnya,” katanya.
Sharhan berkata mereka yang memiliki saka juga mempunyai kebolehan mengubati penyakit yang disebabkan oleh jin dan syaitan tetapi mereka menggunakan dengan cara meragukan.
“Kebanyakan mereka berubat dengan kaedah menurun. Pembawa saka mampu mengubat tetapi dengan menggunakan jampi yang mempunyai unsur syirik.
“Malah jampi yang digunakan langsung tidak difahami maknanya,” katanya.
Beliau berkata terdapat amalan yang mampu menghalang seseorang itu menjadi mangsa saka dengan berkat keizinan Allah SWT.
“Segala bentuk gangguan jin dapat dielakkan dengan syarat kita percaya dan benar-benar yakin Allah yang menyembuhkan.
“Antaranya boleh mengamalkan zikir, membaca surah Mulk sebelum tidur, berwuduk sebelum tidur atau ketika mengadakan hubungan kelamin dengan isteri, jadikan amalan membaca surah Yaasin setiap Subuh, membaca Basmalah sebagai wirid setiap kali melakukan pekerjaan dan perdengarkan bacaan ayat ruqyah di dalam rumah,” katanya.

Dah berakhir...

Hujan lebat sungguh tadi masa aku dalam perjalanan balik kerja....ikutkan hati tadi memang nak balik kerja awal..tapi bila mengenangkan ini adalah kali terakhir...maka aku teruskan juga apa yanga aku usahakan..mungkin bukan semua kerja aku dapat siapkan..tapi aku dah cuba yang terbaik..ini adalah peninggalan ku yang terakhir disana..buat yang terlibat..kumohon maaf kerna pemergianku tanpa pengetahuan kalian semua... tetapi tindakan ini perlu aku ambil...aku pergi ketika ini bukan kerana aku mengalah kerana tidak mampu melakukan kerja itu..tetapi kerana aku mengambil peluang keemasan yang datang ini......

Lepas ni terpulang la pada mereka untuk mengutuk, perli atau apa pun..aku terima segalanya. yang pasti aku dah tamat berkhidmat di sana.. maaf kerana cara pemergian ku kurang adap. tapi aku terpaksa... peluang yang datang tu adalah berkali-kali lebih baik dari peluang yang sedia ada..

Tidak dinafikan ada pro dan konta untuk peluang itu... tapi pada aku..peluang yang baik jangan sekali-kali dilepaskan...mungkin pada mulanya akan rasa sukar..pernah dengar dengan  alah bisa tegal biasa...yer aku berpegang pada kata2 ini... setiap apa yang kita lakukan pada mulanya memang kita rasakan sukar..tetapi percayalah......apabila tiba satu saat dan ketika...pasti ianya akan menjadi mudah...yang penting kita jangan berputus asa...

ingatlah....mencuba dan terus mencuba... pasti akan berjaya....

doakan yang terbaik untuk ku...

Tuesday, January 15, 2013

Jawapan Kepada Persoalan Yang Sering Bermain Di minda....


KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN? 
QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI? 
QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. "
- Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST? 
QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). "

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP? 
QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. "
- Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!! 
QURAN MENJAWAB
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12


KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI? 
QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

Thursday, December 27, 2012

2013 menjelang TIBA....

Apa khabar semua? sedar tak sedar rupanya kita kita sudah berada di minggu terakhir 2012. memang pantas masa berlalukan....bagaimana tahun  ni pada pendapat anda????Azam??? bagaimana dengan azam anda????? sudah tercapai ker semuanya??????

erkkk...bab azam ni saya terus terang memang saya gagal mecapainya...emmm..alasan apa eh...hhahahahha.....ok pada saya ....saya tak mahu bagi sebarang alasan...perkara ni berlaku kerana saya tidak peka dengan keadaan sekeliling... kesilapan saya tidak tegar dalam mengambil keputusan....walaubagaimanapun saya amat bersyukur kerana saya berjaya dan masih lagi bertahan dalam segala kemungkinan yang berlaku....

banyak yang telah berlaku pada tahun ini...ada yang menyedihkan....ada yang mengembirakan...saya redha dengan setiap apa yang berlaku...saya terima segalanya dengan redha...hahhhah...tak la....pada saya setiap apa yang berlaku ada hikmahnya..mungkin bukan sekarang..tapi sampai saat dan ketikanya kita pasti akan tahu apakah yang dikatakan hikmah yang terbaik untuk kita itu......

ingatlah Allah takkan menduga dan menguji kita sekiranya Dia tahu hambanya tidak mampu. Ujian dariNya untuk menguji kemampuan kita...Yakin dan terus melangkah...Kejayaan pasti milik kita....

ada 2 azam saya yang bakal saya bawa ke thun 2013....erk apa tu?  Apa azamnya???

1. Sambung belajar
2. Tukar kerja..

Untuk azam yang lain saya tidak pasti apa lagi yang saya mahukan..
buat masa ini cukuplah sekadar diberikan kesihatan yang baik.

macamana dengan anda? harap segalanya baik saja?
Apa pun  SELAMAT TAHUN BARU SEMUA..

SELAMAT TINGGAL 2012!!!!!!!!
SELAMAT DATANG 2013!!!!!!!!!


:)
Peace no war allzz
:)

Friday, December 7, 2012

Berhenti Menyalahkan Orang Lain atas Kegagalan Sendiri.


Berhenti Menyalahkan Orang Lain Atas Kegagalan Kita.


Sedar atau tidak perkara ini sering berlaku pada diri kita. Seringkali meyalahkan orang lain atas kegagalan yang dialami. Ini adalah satu sika[ yang sama sekali tidak akan meghasilkan jalan keluar. Pada ketika kita menyalahkan orang lain , inilah perkara yang bakal berlaku:-
  • ·         Tanpa disedari kita telah meletakan hak untuk menentukan masa depan kita kepada orang tersebut.
  • ·         Menyatakan pada individu tersebut bahawa tanpa bantuan individu itu, kita tidak mungkin tidak akan berjaya
  • ·         Kita akan terlepas pandang peluang-peluang yang baru yang ada disekeliling kita.




  • Antara cara terbaik untuk tidak menyalahkan sesiapa pun atas kegagalan kita,
  • ·         Melakukan muhasabah diri, apakah kita telah bekerja dengan maksima?
  • ·         Melakukan penilaian terhadap hasil kerja kita.
  • ·         Memperbaiki setiap kelemahan dan kesalahan yang telah dilakukan
  • ·         Berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam melakukan pekerjaan yang dilakukan.


Ingat bahawa masa depan kita adalah tanggungjawab kita sendiri. Tidak ada seorang pun yang dapat mencegah kita untuk berjaya bila kita sendiri mahukannya. Begitu juga sebaliknya, tiada seorang pun yang dapat membuat kita berjaya bila kita tidak menginginkannya. Mintalah pada ALLAH dengan berdoa dalam kehidupan kita dan melakukan bahagian kita terbaik mungkin dengan bersungguh-sungguh. Menyalahkan orang lain tidak memberikan kesan positif dan ia tidak akan menyelesaikan masalah. Tetapi ia mempengaruhi tahap pencapaian dan nilai seseorang itu. Kita hidup di zaman yang mementingkan pencapaian “getting things done”. Perkara yang terbaik adalah pergi kepada orang yang dapat lakukan tanpa menyalahkan orang lain dan memberikan alas an. Paling utama motivator terbaik kita adalah DIRI KITA SENDIRI.

STOP COMPLAINING. GO AND SOLVE THE PROLEM!!!!

Friday, November 16, 2012

Amalan mencari Yang Hilang


Selain tu mungkin boleh cuba ni jugak

saya  pernah terbaca yang bila kita kehilangan sesuatu barangan, ia adalah peringatan kepada kita bahawa kita ni dah melupakan ALLAH, dan banyak dosa kita kat dia. Sebab tu kita hilang barang, supaya kita ingat balik apa tujuan kita kat sini :) . Jadi, kat sini,  share la satu ilmu yang mana dengan kuasa ALLAH, barang yang hilang tu dapat balik :-
Al-Fatihah 7x.
2. Al Fath 1-3 7x
3. Al Khafi Ayat 19 7x
4. Surah Al-Ikhlas 7x.
5. Selawat 7x.
6. Ya Allah 3x.
7. Kemudian wirid ‘Ya Hafiz’ 119x.
8. Sesudah selesai semuanya, tadahkan tangan lalu berdoa, mohon dari ALLAH pertolongan supaya dipulang/digantikan barang yang hilang tersebut.
Semoga ia nya dapat beri manfaat pada semua..

Amalan dan Doa mencari orang/barang hilang..


Amalan dan Doa mencari orang/barang hilang..

Entry ni khas untuk seorang adik yang amat memerlukan... moga dapat membantu...maaf entry yang akak janjikan tu tak jumpa. takut nanti salah tulis... tapi ni pun boleh...yang penting tabahkan hati dan kuatkan semangat..... :)

Ini adalah doa mencari orang hilang, (kira hilang dari jangkauan leh jer)
Samada hilang lemas di dalam air atau di daratan dan di mana-mana sahaja.
a-Doa untuk mencari orang hilang di dalam air:
-Ambil 7 biji anak batu
-Berdiri di tempat orang hilang (lemas)
-Baca surah-surah berikut pada setiap anak batu:
batu 1 = Al-Fatihah 14 kali
batu 2 =Ayat kursi 7 kali
batu 3 =Al-Ikhlas 7 kali
batu 4 =Al-Falaq 7 kali
batu 5 = An-Nas 7 kali
batu 6 =Al-A’Raf ayat 13 7 kali
batu 7 = Doa Nabi Yunus
-Ambil kesemua 7 batu dan balingkan di tempat orang hilang(lemas)
b-Jika orang hilang di daratan, baca juga susunan ayat yang sama, cuma tidak perlu menggunakan 7 biji anak batu.[ Petikan dari ceramah Ustaz Kazim Elias dalam kuliyah.net]


Doa Orang Hilang:

….يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ اِنَّ اللهَ لاَ يُخْلِفُ الْمِيعَادَ، اِجْمَعْ بَيْنِي وَبَيْنَ
Yâ Jâmi’an nâsi liyawmin lâ rayba fîhi, innallâha lâ yukhliful mî’ât, ijma’ baynî wa bayna …
“Wahai Yang Mengumpulkan manusia pada suatu hari yang tiada keraguan di dalamnya, sesungguhnya Allah tidak pernah mengingkari janji-Nya, kumpulkan kembali antara aku dan ….”
Catatan: pada titik-titik tersebut sebutkan nama orang yang hilang.
Semoga bermunfaat. Doalah juga semoga keluarga kita sentiasa dibawah lindungan rahmat Allah dan terlindung daripada segala marabahaya. Sesungguhnya Allah SWT adalah sebaik-baik Penjaga dan Pemelihara.

Thursday, November 15, 2012

Jangan Mudah Berprasangka

Seorang doktor meluru masuk ke ruang hospital dalam keadaan tergesa-gesa
selepas mendapat panggilan kecemasan dari pihak hospital..
Dia menukar pakaian dan terus meluru ke blok pembedahan..
Dia mendapati ayah kepada budak yang berada dalam bilik pembedahan sedang berdiri menunggunya..
Apabila si ayah melihat doktor itu, dia terus berteriak..
"Kenapa doktor ambil masa yang lama untuk datang..??Doktor tahu tak anak saya dalam bahaya sekarang nie..??Doktor tak ada rasa bertanggungjawab ke..??"
Doktor tersebut tersenyum dan berkata :
" Saya minta maaf, saya berada di luar hospital dan saya datang sepantas yang mungkin selepas mendapat panggilan kecemasan tu..dan sekarang, saya harap encik bertenang..jadi, saya dapat buat kerja saya.."
"Bertenang doktor kata..?! kalau anak doktor berada dalam bilik tu sekarang nie, boleh ke doktor bertenang..??kalau anak doktor mati sekarang nie apa yang doktor buat..??kata si ayah dgn marah..
Si doktor tersenyum lagi dan berkata :
" Saya akan kata bahawa Allah telah berfirman dalam kitab-Nya yg suci " daripada Allah kita datang dan kepada-Nya kita kembali"..doktor tak mampu untuk memanjangkan hayat seseorang..Insya-Allah kami akan cuba yang terbaik utk anak encik.."
"Memberi nasihat bila kita tak mengalaminya memang senang..!" gumam si ayah..
Pembedahan tu mengambil masa beberapa jam..Tak lama kemudian, si doktor keluar dgn gembira..
"Alhamdulillah..anak ecik selamat..!" Dia terus berjalan tanpa menghiraukan si ayah "kalau encik ada sebarang soalan..encik boleh tanya jururawat..!"
"Kenapa doktor-doktor sombong sangat..?! Tak boleh ke dia tunggu beberapa minit supaya saya dapat tanya beberapa soalan tentang anak saya..!"komen si ayah selepas melihat jururawat..
Jururawat itu berkata sambil air mata mengalir di pipinya :
"Anaknya meninggal dunia semalam dalam kemalangan jalan raya..dia berada dalam upacara pengebumiaan anaknya ketika kami menghubunginya untuk pembedahan anak encik..dan sekarang dia telah pun menyelamatkan nyawa anak encik, dia tergesa-gesa untuk menghabiskan upacara pengkebumian anaknya.."
Pengajaran yang sangat berharga daripada kisah ini, iaitu jangan mudah menghukum atau menilai seseorang.. hati-hatilah dengan sangkaan kita , kerana sangkaan yang buruk dan tidak tepat sudah pasti akan melukakan perasaan individu terbabit.

"SAAT AKU MENYAMPAIKAN SUATU KEBAIKAN KEPADAMU, BUKANNYA AKU HENDAK MEMBERIKAN NASIHAT AKAN KEKURANGANMU SAHABAT..TAPI AKU SEKADAR MENJADIKAN DIRIMU SEBAGAI PERANTARA, AGAR NASIHAT ITU SAMPAI KEPADA DIRIKU."MENGARAHKAN WAJAH KE CERMIN, BUKAN BERERTI MENCARI-CARI KEKURANGAN CERMIN, NAMUN HAKIKATNYA ADALAH MENCARI KEKURANGAN DIRI UNTUK DIPERBETULKAN AGAR LEBIH BAIK, DENGAN PERANTARAAN CERMIN"

Menerima Hakikat


Bukan mudah kita nak menerima hakikat atas apa musibah yang menimpa. Kalau tiada kekuatan diri akan hilang pertimbangan maka hilang juga pedoman dan akhirnya ramai yang mengambil jalan yang menyalahi fitrah kehidupan. Manusia tidak lari dari ditimpa musibah. Oleh kerana hidup manusia pasti akan disulami dengan musibah, maka Allah mengajarkan kita cara menghadap musibah. Banyak hadith dan ayat Quran yang membicarakan mengenai cara menghadapi musibah.

Ada tiga peringkat mengenai sikap manusia ketika ditimpa sesuatu musibah.

1. Pada permulaannya, berlaku penolakkan. Di peringkat ini, manusia tidak menerima hakikat bahawa sesuatu telah hilang darinya, sesuatu telah tiada, sesuatu telah menimpa dan sebagainya. Dia akan cuba lari dari hakikat dan masaalah. Jika dia cuba lari dari menerima hakikat, jiwanya akan semakin tertekan, hatinya semakin sempit dan fikirannya semakin keliru.

Di dalam Islam, kita perlu jujur menerima hakikat diri kita. Semakin berani kita untuk jujur menerima hakikat diri semakin tenang jiwa kita. Sebab itu di dalam Islam ada konsep muhasabah. Muhasabah bererti menerima kekurangan dan kelemahan yang ada pada diri. Jika kita tidak dapat menerima hakikat diri kita, maka kita tidak akan dapat membuat perubahan di dalam diri kita.

2. Peringkat kedua, manusia akan mengeluh, marah-marah, mendongkol, menyalahkan orang lain dan yang paling parah ialah apabila menyalahkan takdir. Di peringkat ini, mereka telah menerima hakikat bahawa mereka sedang melalui masa getir, tetapi mendongkol dengan keadaan diri.

Sesungguhnya, mengeluh tidak merubah apa-apa. Sikap marah-marah juga tidak merubah apa-apa. Dia akan membuatkan kita semakin tertekan dan terhimpit. Sudahlah ditimpa musibah, hati pula hilang bahagia. Di dalam Islam, kita ada konsep muraqabah, iaitu rasa sentiasa diawasi oleh Allah. Hari ini jika kita senang, Allah mahu melihat apa yang kita lakukan begitu juga apabila kita susah. Allah akan melihat apa yang akan kita lakukan. Semua, susah dan senang ada nilaian pahala jika kita membuat sesuatu dengan betul. Jika kita rasa sentiasa diawasi Allah, kita akan selalu mencari keredhaannya. Waktu senang kita tidak lupa Allah, waktu susah kita bergantung penuh denganNya. Akhirnya, senang dan susah tetap tenang dan tetap bahagia.

3. Peringkat ketiga barulah biasanya manusia menerima segala apa ketentuan hidupnya. Barulah tidak marah-marah, tidak mengeluh dan sebagainya. Walaubagaimana pun, jika salah kefahamannya, manusia akan putus asa, hilang harapan, hilang semangat, hilang rasa untuk terus berusaha. Akhirnya, hidupnya semakin murung, semakin tidak ceria dan semakin kusut.

Di dalam Islam, apabila kita telah menerima kita di dalam keadaan susah, ada konsep tawakkal. Tawakkal ialah kita berusaha dan bakinya kita serahkan pada Allah untuk menyempurnakannya. Jika perniagaan kita gagal, kita usahakan terus, ubah sana dan sini, baki serah pada Allah. Jika rumah tangga kita gagal, kita usahakan untuk perbaiki, baki yang diluar kemampuan kita, kita serah pada Allah.

Orang yang ada konsep muhasabah, muraqabah dan tawakkal akan sentiasa positif di dalam hidupnya. Dia akan sentiasa tenang walaupun musibah itu ibarat bukit yang menghempapnya. Sesungghunya, semua manusia akan diuji dengan musibah, yang membezakan orang beriman atau tidak ialah di hujung ujian.

Jika di hujung ujian dia tetap tidak putus asa, tetap berusaha, tetap tenang, tetap berjuang maka dia adalah pemenang di dalam ujian tersebut. Yakinlah apa yang ditetapkan oleh Allah adalah yang terbaik untuk diri kita... Biar orang lain tidak mengerti apa yang kita lalui tetapi yakinlah Allah mengetahui dan mengerti segala-gala nya. Di kala terasa keseorangan, ingatlah Allah sentiasa ada bersama, di kala terasa kesedihan ingatlah Allah tidak akan menguji lebih dari kemampuan kita, di kala kecewa..ingatlah orang yang lebih menderita...
 

Yang utama kita belajarlah untuk menghadapi sesuatu perkara yang kita tak sangka datang kepada kita, belajar dalam erti kata cuba untuk menyesuaikan diri dengan perkara tersebut. Hadapinya dengan keyakinan dan usaha yang tegar. Bukan berdolak dalik, bukan mencemuh, bukan mengeluh. Semua itu adalah dugaan dalam kehidupan di dunia ini. Kita selalu mengkehendaki apa yang kita mahukan sahaja, tapi kita tak sedar, kadang kala apa yang kita mahukan sebenarnya diinginkan oleh orang lain.

Kemahuan untuk kita mungkin masanya belum tiba, mungkin masa ini milik orang lain kemahuan tersebut. Pastinya pada masa akan datang, masanya sudah tiba maka kemahuan kita akan datang sendiri hasil kesabaran, ketaqwaan dan usaha ke arah kemahuan tersebut. Apa yang sepatutnya kita jadikan ikhtibar, Allah memberikan apa yang kita perlukan dan Allah memberi peluang kepada kita untuk kita lebih berusalah dan mendekatkan diri kepada-Nya bagi mencapai apa yang kita inginkan.

Adakalanya kita mengharapkan kemahuan tetapi usaha kita tak sehebat kemahuan yang kita nak capai sebab itulah Allah mendidik kita untuk mengenal erti penat lelah berusaha bagi mencapai kemahuan dalam hidup. Jangan bersedih dengan keperluan yang telah kita ada, tetapi bergembiralah kelak kemahuan yang kita inginkan akan tercapai berkat kesabaran kita. Permulaan Sabar Adalah Pahit, Tapi Manis Akhirnya.

Friday, October 5, 2012

Renung-renungkan 1

Memaafkan memang mudah, tetapi melupakan amat payah.

Renung-renungkan

Air mata seorang perempuan mungkin boleh mencairkan hati seorang lelaki, tetapi air mata seorang lelaki belum tentu dapat mencairkan hati seorang perempuan yang telah disakiti.

Setuju tak?

Saturday, September 22, 2012

Doa Solat Dhuha 1



Doa Solat Dhuha
Selesai solat, bolehlah dibacakan doa di atas, dan dibawah adalah pengertiannya:
“Ya Allah sesungguhnya waktu Dhuha, waktu dhuha-Mu,
Cahayanya cahaya-Mu, keindahannya keindahan-Mu, Kekuatannya kekuatanMu,
Ya Allah sekiranya rezekiku ada di langit, maka turunkannya.
Jika ada di bumi keluarkannya, Jika ianya jauh perdekatkannya,
Dan jika ia hampir maka permudahkannya, dan jika ia haram maka bersihkannya…
Dengan kebenaran dhuha-Mu, cahaya-Mu, kekuatan-Mu dan keindahan-Mu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.
Allah cucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan atas keluarga dan para sahabatnya serta kesejahteraan.
Dan segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam.”

Solat Sunat Dhuha



Solat Dhuha itu magnet rezeki, pembuka rezeki, penarik rezeki dan bermacam-macam lagi istilah digunakan untuk menunujukkan bahawa Solat Dhuha itu sebagai salah satu cara untuk murah rezeki dan juga alat penghubung supaya Allah bermurah hati untuk menambahkan rezeki buat hamba-Nya. Namun begitu, bukan senang bagi mereka yang tidak pernah melakukan solat ini apatah lagi waktunya itu adalah masa ketika kita baru hendak memulakan pekerjaan di awal pagi. Namun, apabila kita membaca kelebihan-kelebihan solat Dhuha ini, mungkin kita akan lebih bermotivasi untuk mengamalkan solat ini, kalau pun tidak setiap hari, mungkin seminggu sekali.
Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:
“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, nescaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”
(Riwayat Ahmad)
Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :
“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”
(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi
 
Kelebihannya
  1. Dia tergolong dikalangan orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah
  2. Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga
  3. Diberikan ketenangan dalam hati dan kepuasan dalam setiap pekerjaan.
  4. Menarik rezeki dan menolak kepapaan.
  5. Diberikan rezeki ( bukan sahaja dalam bentuk kemewahan wang ringgit sahaja ) tetapi rezeki anak yang soleh, isteri atau suami yang bertanggungjawab dan menenangkan jiwa, pekerjaan yang halal dan diberkati.
  6. Allah memudahkan segala urusan
  7. Diberikan rezeki sihat tubuh badan
  8. Diberikan rezeki keturunan yang soleh dan dihormati.
  9. Diberikan rezeki rakan sekerja, jiran-jiran, sanak saudara dan orang sekeliling yang baik budi pekerti.
Waktunya
Dari setelah matahari meninggi sejengkal , lebih kurang jam 8.00 pagi hinggalah sebelum matahari menegak, iaitu tengahhari. Tidak boleh dilakukan sebelum dan sesudah batas waktu tersebut.
Rakaatnya
Dari paling sedikit dua rakaan dan mengikut riwayat yang sah paling banyak 12 rakaat. Tidak boleh dilakukan kurang daripada dua rakaat.
Tatacaranya
Setelah pasti masuknya waktu Dhuha, maka lakukanlah dalam keadaan berwuduk. Dilakukan dua rakaat dan ditutup dengan salam atau boleh juga dilakukan dengan empat rakaat satu kali salam.
Rakaat Pertama
1. Niat dalam hati dengan berkata, ” Sahaja Saya Solat Dhuha dua/empat rakaat kerana Allah ”
2. Takbir
3. Baca Doa Iftitah
4. BacaTa’awwudz
5. Baca Surah al-Fatihah
6. Baca apa-apa sahaja surah dipilih
7. Takbir dan rukuk
8. Iktidal dan bacaannya
9.Sujud dan bacaannya
10. Duduk dan Bacaannya
11. Sujud dan bacaannya
12. bangun rakaat kedua dengan takbir.
Rakaat kedua
1. Baca surah al-Fatihah
2. Baca apa-apa ahaja surah yang dipilih
3. Takbir dan rukuk
4. Iktidal dan bacaannya
5. Sujud dan bacaannya
6. Duduk dan bacaannya
7. Sujud dan bacaannya
8. Duduk tahiyat akhir dan bacaannya
9. Salam Penutup
Kemudian kalau di kehendaki, ditambah dua rakaat lagi dengan mengulangi cara tertera di atas dan seterusnya hingga 12 rakaat semuanya.
Pada sujud yang terakhir pada setiap dua rakaat kita sebutkan segala doa dan hajat kita, kita boleh sujud berapa lama dan meminta sebanyak doa yang di khendaki.
Solat Sunat Dhuha adalah antara solat individu yang tidak boleh dilakukan secara berjemaah.

Friday, September 21, 2012

Rahsia bantal

1)       Memeluk Bantal

    Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa
   Seni. Mereka
   Mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap
   Lukisan, muzik Dan sastera.
   Perasaan mereka halus Dan jiwa mereka romantik.
   Kadangkala Ada yang
   Boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui
   Mimpi. Mereka
   Juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.



    2) Menggunakan Banyak Bantal

    Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam
   Kehidupan seharian
   Mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka
   Jarang membuat
   Keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan
   Pandangan orang lain.


   3) Tidur Dengan Satu Bantal

    Mereka bukan jenis mengada-ngada Dan boleh
   Menerima keadaan
   Seadanya. Mereka juga membuat keputusan
   Berdasarkan fikiran Dan
   Bukan nafsu semata-Mata.


   4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki

    Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang
   Bergaul dgn
   Org ramai, malah kaku dalam pergaulan.. Ini
   Menyebabkan mereka
   Cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar
   Menempuh jalan pintas
   Untuk mencapai cita2. Mereka tdk suka berusaha.


   5) Tidur tanpa Bantal

    Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat
   Tinggi.
   Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan
   Membawa kepada
   Sifat ego.


   6) Tidak punya bantal

    Kasihan betul... Pergi kedai belilah satu, bukanya Mahal pun..!!

Thursday, August 16, 2012

Selamat Hari Raya Pada Semua

Assalamualaikum.....


Sedar tak sedar hampir sebulan kita berpuasa. Sekejap je masa berlalukan. Tinggal berapa hari saja kita nak Raya...yeay.... Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin. Saya nak mintak ampun pada sesiapa yang saya buat salah.Halalkan makan dan minum...eceh..ayat cam tak sabar nak raya jer......Bukan apa nak wish raya ngan mintak ampun supaya beban kehidupan tu ringan. Takut nanti tak der kesempat nak jumpa dengan semua.huuhu..

Yang paling penting pada semua, tolong berhati-hati. dapatkan rehat yang secukupnya. Kalau ngantuk, berenti berehat dimana-mana. kita tak tahu apa yang bakal berlaku.bawak kenderaan dengan setenang yang mungkin. Ingatlah kata pepatah...biar lambat asal selamat.Janji kita sampai di destinasi yang dituju, dan dapat berjumpa dengan sanak saudara.Itu yang penting. Kita elakkan tragedi berlaku. :)

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin semua. ....











Sunday, August 12, 2012

Biskut Famous Amos


Bahan-bahan ( 50biji - 70biji )
bahan A
175gm butter
50gm gula ising
50gm gula perang

Bahan B
telor 1 biji
1/4 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/4 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil esen vanila

bahan C
250gm tepung gandum

bahan D
1/2 cawan kurma(potong dadu)
1/2 cawan coklat cip
1/2 cawan badam cincang

Cara-cara
pukul bahan A sehingga sebati
masukkan bahan B dan pukul lagi
masukkan bahan C sikit demi sedikit dan pukul sehingga sebati ketika masukkan bahan D,
gaul guna spatula (senduk) supaya bahan tersebut tidak pecah..
bentukkan ikut suka
bakar dalam 180C, 15-20 minit

Notakaki ~ dekat BAHAN D, kurma boleh ditukar kepada buble rice, konflakes, atau aneka kekacang ~ gula tu tak perlu skip atau kurang kan sebab saya dah pun kurang kan.. asal dia 70gm gula perang dan 80gm gula ising

TAMBAHAN ~ JANGAN TAMBAH TEPUNG ATAU APA APA, SEBAB ADUNAN INI MEMANG LEMBUT,

Tanggungjawab Ibu Solehah



Assalamualaikum.

Ibu solehah berkewajipan menerangkan perkara-perkara yang diharamkan dalam Islam dan wajib dihindari walaupun hukumnya sekadar makruh kerana dibimbangi akan membawa kepada hukum yang lebih berat, iaitu haram. Beberapa perkara yang wajib diberi peringatan kepada anak-anak supaya menjadi anak yang soleh solehah dan membentuk keperibadian Islam yang lebih sempurna ialah:

1. Memberi peringatan akan larangan mengamalkan sikap meniru-niru perkara-perkara yang dilakukan oleh agama lain, seperti berpakaian yang terdapat tanda salib, ada paparan gambar-gambar yang memperlihatkan unsur agama lain, ada perkataan-perkataan yang tidak elok, dan jangan bertaklid buta.

2. Tidak terlalu mendambakan kehidupan dunia yang fana. Sebaik-baiknya diberi peringatan bahawa perlu seimbangkan antara kehidupan dunia dengan akhirat.

3. Menjauhi muzik dan senda gurau yang melampau dan mempunyai unsur untuk menjauhkan agama Islam.

4. Tidak menyerupai lelaki bagi wanita dan lelaki tidak menyerupai wanita. Berdosa hukumnya.

5. Tidak berhias secara keterlaluan.

6. Tidak mengunjungi tempat-tempat sembahyang agama lain.

Sumber : Suami Isteri Paling Bahagia

Setia Isteri Kepada Suami Yang Soleh


Assalamualaikum. 

Seseorang wanita akan setia kepada pasangan yang soleh dan tidak akan berubah hatinya untuk mencari pasangan lain. Isteri akan taat kepada suaminya yang soleh kerana beberapa sebab:

1. Dia akan hidup dengan suami yang dimuliakan Allah SWT dan suaminya mendapat tempat yang mulia di syurga. InsyaAllah, Allah SWT berfirman yang bermaksud:

"Sesungguhnya orang yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah orang yang sangat bertakwa antara kamu". Al-Hujurat, Ayat 13.

2. Suami adalah orang yang akan mencegahnya daripada melakukan fitnah.

3. Dia berasa selamat dilindungi suami yang taat dan penyayang, tidak ada kezaliman dalam rumah tangga.

4. Isteri mendapat kebahagiaan daripada pernikahannya dengan suami yang soleh, keluarganya akan bersatu dalam ketakwaan dan kebaikan menuju kebenaran Islam. Allah SWT berfirman yang bermaksud:

"Sesiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya dia akan mengadakan untuknya jalan keluar dan memberi rezeki daripada suoe=}cng tidak disangk-sangka." At-Thalaq, Ayat 23.

Sumber : Suami Isteri Paling Bahagia

Tuesday, July 31, 2012

Petua - Petua Cegah Rambut Beruban Dengan Teh


Rambut hitam legam bagai seorang model iklan shampoo pasti menjadi idaman kebanyakan wanita, lelaki pon sama. Namun ada yang rambut putih muncul sebelum waktunya. Ada beberapa faktor penyebab munculnya rambut putih ini lebih awal, diantaranya adalah stres dan gaya hidup tidak sihat.

Ada cara mudah untuk membantu mencegah rambut putih tumbuh sebelum sampai waktunya. Tambahkan 1 sudu teh garam ke dalam satu cawan teh pekat hangat, kacau hingga larut. Setelah sejuk pada suhu bilik, tuangkan secara merata pada rambut lalu urut-urut kulit kepala. Biarkan selama sejam, kemudian bilas dengan air bersih tanpa menggunakan shampoo. Untuk hasil yang maksima, lakukan perawatan ini sekurang-kurangnya sebulan sekali.

Petua - Petua Mencegah Rambut Gugur


Rambut gugur adalah masalah biasa yang sering dialami oleh setiap peringkat usia. Berikut adalah antara petua-petua yang boleh diamalkan untuk mencegah rambut gugur.

1) Campurkan air asam jawa dan santan dalam satu bekas. Masukkan beberapa kuntum bunga-bungaan yang wangi seperti bunga kenanga. Lumur rambut dengan campuran ini dan biarkan selama beberapa minit. Bilas dengan air besih. Amalkan selalu dapat mencegah keguguran rambut disamping menjadikan rambut harum seperti bunga.

2) Hiris beberapa keping limau nipis dan tenyehkan isinya ke kulit kepala. Kemudian sapukan bahagian yang bermasalah dengan telur ayam yang telah dipukul sedikit. Bungkus kepala selama beberapa jam dan lemudian bilas dengan air bersih. Amalkan selalu dapat mennguatkan akar rambut.

3) Masak santan dari sebiji kelapa sehingga mengeluarkan minyak. Tutup api dan biarkan sejuk pada suhu bilik. Lumurkan santan berminyak ini pada keseluruhan kepala dan bungkus kepala semalaman. Bilas dengan air bersih. Amalkan selalu dapat menguatkan akar rambut disamping membuatkan rambut kelihatan cantik bersinar.

4) Ambil air rebusan kacang hijau dan biarkan sejuk. Sapukan air tersebut pada keselurukan kulit kepala setiap malam sebelum masuk tidur. Syampu rambut pada keesokan harinya. Amalkan setiap hari untuk menguatkan akar rambut dengan berkesan.

5) Satukan lendir daun lidah buaya, lendir pokok bunga raya, lendir pokok litup bumi dan sedikit minyak zaitun dalam satu bekas. Lumur campuran ini pada keseluruhan kepala dari akar rambut selepas mandi malam dan bungkus selama setengah jam. Bilas rambut pada keesokan hari. Amalkan seminggu sekali, InsyaAllah rambut menjadi kuat dan lambat beruban.

6) Tumbuk segenggam daun serai hingga lumat. Masak dengan secawan air sehingga kekuningan. Sejukkan dan kemudian sapukan pada keseluruhan bahagian kepala. Amalkan setiap hari selama 2 minggu untuk melihat keberkesanannya.

7) Ambil tiga biji limau nipis dan ambi|anqsk}s, campurkan dengan 2 biji putih telur. Sapukan pada kesemww}anrambut dan biarkan selama 2 jam. Bilaskan dengan air bersih. Amalkan selalu untuk kesan yang memuaskan.