Sudah berbulan aku tinggalkan bandar itu.. Memang tak ku jejak kembali. Memang Aku sudah berpatah arang selepas apa yang telah terjadi... pemergian ku ibarat rajuk yang panjang yang tak dapat di pujuk. bukan aku sengaja untuk pergi tanpa pamit seperti orang yang tidak mempunyai adap sopan...
namun maaf seribu kali maaf aku terpaksa pergi...jikalau aku masih tetap duduk disitu aku tidak pasti apa yang bakal berlaku.. aku memang terpaksa...selepas apa yang terjadi sewaktu di bandar itu memang telah menguris perasaan ku. mungkin nampak seperti aku tidak menghiraukan apa yang telah terjadi... namun aku tetap terluka. sebenarnya dalam hidup ini untuk memaafkan memang mudah...namun untuk melupakan itu yang sukar....aku tak tahu berapa lama lagi masa yang aku perlukan. tetapi aku benar2n telah terluka..
Maaf ku pinta pada yang terlibat. mungkin suatu masa nanti kita akan bersua kembali.. namun hanya masa sahaja yang bakal menentukan segalanya..aku memang tidak mampu untuk melembutkan hati ku.. berbulan2 aku hidup dengan penuh sengsara dengan gelak tawa kalian kerna kejatuhan ku.
Terima kasih kerana telah mematangkan diriku dan juga membuatkan aku menjadi lebih kuat serta tabah dalam meneruskan kehidupan ini...
terima kasih atas segalanya..
Syukur Alhamdullilah aku sudah berjaya dalam mengharungi kesusahan ini...
Memang benar Allah tak kan menguji kehidupan hambanya jika dia tahu hambanya tidak mampu.
dan itu juga adalah tanda dia menunjukkan yang dia sayang pada hambanya..
Bersyukurlah atas apa yang telah berlaku.
:)
Hanya tempat untuk meletakkan tanda apa yang ku lalui dan mematangkan diri ku sebagai seorang manusia yang beragama Islam.
Wednesday, June 26, 2013
Wednesday, January 23, 2013
Petanda Seseorang itu Mempunyai SAKA
Petanda Seseorang Mempunyai Saka |
SAKA dikaitkan dengan mewarisi jin yang membolehkan makhluk halus itu menjadikan pewarisnya dengan pelbagai kuasa ghaib seperti memiliki kecantikan, kekuatan luar biasa atau menjadi individu berpengaruh.
Hukum mewarisi dan menggunakan saka adalah haram di sisi Islam. Biasanya saka diwariskan kepada anak atau cucu kepada pemilik saka.
Saka adalah ilmu keturunan yang dipusakai ada hubung kaitnya dengan jin, sama ada dibela, dibuat sahabat secara sedar atau tidak oleh pemiliknya.
Gejala saka amat berbahaya dan mampu merosakkan kehidupan seseorang. Maka, penting kita menyiasat diri dan keluarga daripada mewarisi saka.
Masyarakat Melayu memahami saka sebagai ilmu yang dipusakai daripada waris teratas kepada waris di bawahnya. Contohnya daripada ibu atau bapa kepada anak, daripada datuk atau nenek kepada salah seorang daripada cucunya, atau seseorang dalam lingkungan keluarga.
Kesan jangka panjang jika seorang yang mewarisi saka ialah mampu menjadikan seseorang itu mendapat sakit sehingga koma atau lumpuh.
Umumnya, kebanyakan orang yang memiliki saka berkebolehan merawat orang yang sakit disebabkan jin dan syaitan. Cara rawatannya dengan menurun menggunakan mantera atau jampi.
Bacaan dan amalan yang dilakukan itu amat meragukan serta sukar difahami. Ia bertentangan dengan syariat kerana mempunyai unsur syirik yang boleh merosakkan akidah.
Jika seseorang itu menyatakan hasratnya pada waris tertentu, seperti anaknya yang dia adalah orang yang paling sesuai atau ‘layak’ mewarisinya.
Penurunan ilmu saka boleh berlaku secara tidak langsung apabila waris menerima barang tertentu peninggalan si mati seperti barangan kemas, keris, lembing atau tombak.
Syaitan akan sentiasa memastikan setiap manusia atau orang yang mewarisinya sesat ketika sampai ajal mereka. Pada mulanya memang saka kelihatan seperti memberi pelbagai kelebihan kepada tuannya seperti melindungi diri, keluarga dan harta benda tetapi itu semua hanya tipu helah untuk menyesatkan manusia.
Pelbagai kesan buruk dan masalah akan timbul dalam jangka masa panjang di mana kemuncaknya menyebabkan manusia itu berdosa besar kerana mensyirikkan Allah SWT.
Antara kesan buruk memelihara saka ialah pemiliknya menghadapi seksaan yang amat perit ketika menghadapi saat kematian kerana roh mereka sukar untuk keluar daripada jasad menyebabkan mereka terseksa ketika menemui ajal.
Situasi lebih dahsyat berlaku apabila pemilik saka sudah meninggal dunia tetapi saka yang dimilikinya masih enggan meninggalkan tuannya.
Situasi lebih dahsyat berlaku apabila pemilik saka sudah meninggal dunia tetapi saka yang dimilikinya masih enggan meninggalkan tuannya.
Gangguan saka juga menyebabkan seseorang dilanda penyakit misteri. Justeru ahli keluarga atau sesiapa saja dilarang menerima warisan saka daripada pemilik asal.
Bagi mereka yang sudah menerima, berusahalah untuk memutuskan hubungan dengan makhluk terbabit dengan mendapatkan khidmat pengamal perubatan Islam yang menggunakan al-Quran dan sunnah sebagai kaedah rawatan.
Pengamal Perubatan, Pusat Rawatan Islam Sinar Zamdurrani, Sharhan Shafie, berkata saka adalah perjanjian yang dibuat antara nenek moyang dengan jin laknatullah untuk mendapat kehebatan, kekuatan, kecantikan, perlindungan tertentu melalui perjanjian tertentu dalam tempoh yang ditentukan (tujuh keturunan).
“Saka berada dalam tubuh badan manusia sejak sekian lama hingga menjadi sebati dengan manusia. Ia berlaku sama ada seorang itu mengetahuinya ataupun tidak.
“Jin berkenaan ditinggalkan nenek moyang pembawa saka apabila mereka meninggal dunia. Ketika hidupnya, mereka berkawan atau membela jin berkenaan yang dikenali dengan pelbagai nama dalam masyarakat kita seperti polong, pelesit, toyol dan sebagainya,” katanya.
Beliau berkata terdapat kronologi bagaimana jin saka berpindah selepas kematian tuan punya saka berkenaan.
“Selepas nenek moyang yang membela jin terbabit meninggal dunia, jasadnya mati selepas roh keluar dari badannya. Namun Begitu, jin yang berdamping dengan nenek moyang itu tidak mati kerana umur jin bukan seperti manusia.

“Apabila jasad perumah saka dikebumikan, jin akan bebas seperti keadaan layang-layang yang terputus talinya. Maka ia akan berkeliaran di atas muka bumi ini untuk mencari pewaris baru,” katanya.
Sharhan berkata kebiasaannya jin berpindah kepada anak cucu yang mengamalkan jampi tertentu yang diambil daripada si mati.
“Saka turut berpindah kepada waris seperti anak atau cucu yang menyimpan barang peninggalan si mati. Mereka berpotensi besar mewarisi saka disebabkan pernah tinggal serumah bersama si mati.
PETANDA SESEORANG MEMPUNYAI SAKA
Gejala waktu tidur
- Susah tidur malam.
- Sering terjaga pada waktu malam dalam keadaan cemas dan takut.
- Mimpi buruk yang dikenali sebagai kabus seperti mimpi melihat sesuatu yang mengancamnya kemudian menjerit meminta pertolongan tetapi tiada siapa mendengarnya.
- Mimpi perkara menakutkan dan menyeramkan.
- Mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, unta, ular, serigala, tikus.
- Bunyi gigi berlaga ketika tidur.
- Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika tidur.
- Berdiri dan berjalan ketika tidur.
- Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
- Mimpi berada di kawasan kotor atau di tanah perkuburan.
- Mimpi melihat budak kecil.
- Mimpi melihat salib atau gereja.
- Merintih dan menangis ketika tidur.
Gejala waktu jaga
- Selalu pening kepala.
- Lalai mengingati Allah SWT
- Sering lesu dan malas.
- Rasa sakit di salah satu anggota badan.
- Sakit di belakang terutamanya tulang belakang.
- Lenguh sendi-sendi utama.
- Mempunyai ketumbuhan yang sukar diubati.
- Mudah panik apabila berhadapan dengan sesuatu ujian.
- Jiwa sentiasa lemah dan tiada motivasi untuk meneruskan hidup.
- Mudah marah dan panas baran.
- Emosional dan terlalu sensitif.
- Terasa seperti terdapat sesuatu di bawah tapak kaki seperti terpijak batu atau telur.
- Sentiasa mengantuk terutamanya dalam majlis ilmu.
“Selain itu, golongan yang menjadi sasaran kepada saka adalah anak cucu yang cetek pengetahuan agamanya, sentiasa melakukan maksiat, meninggalkan ibadat seperti solat, mereka yang lemah fizikalnya serta memang terlalu menginginkan sangat kehebatan serta kelebihan nenek moyang mereka,” katanya.
Beliau berkata memang terdapat pertalian erat antara jin dan saka kerana jin yang diwariskan itu umpama harta peninggalan.
“Terdapat hadis daripada Abu Tha’labah berkata. Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Jin itu mempunyai tiga jenis iaitu jenis yang mempunyai sayap dan berterbangan di udara, jenis yang berbentuk ular dan anjing dan jenis yang berpindah randah.

“Jenis jin ketiga itu dikelaskan jenis jin yang menjadi saka kerana mampu berpindah dari satu keturunan ke satu keturunan di bawahnya,” katanya.
Sharhan berkata mereka yang memiliki saka juga mempunyai kebolehan mengubati penyakit yang disebabkan oleh jin dan syaitan tetapi mereka menggunakan dengan cara meragukan.
“Kebanyakan mereka berubat dengan kaedah menurun. Pembawa saka mampu mengubat tetapi dengan menggunakan jampi yang mempunyai unsur syirik.
“Malah jampi yang digunakan langsung tidak difahami maknanya,” katanya.
Beliau berkata terdapat amalan yang mampu menghalang seseorang itu menjadi mangsa saka dengan berkat keizinan Allah SWT.
Beliau berkata terdapat amalan yang mampu menghalang seseorang itu menjadi mangsa saka dengan berkat keizinan Allah SWT.
“Segala bentuk gangguan jin dapat dielakkan dengan syarat kita percaya dan benar-benar yakin Allah yang menyembuhkan.
“Antaranya boleh mengamalkan zikir, membaca surah Mulk sebelum tidur, berwuduk sebelum tidur atau ketika mengadakan hubungan kelamin dengan isteri, jadikan amalan membaca surah Yaasin setiap Subuh, membaca Basmalah sebagai wirid setiap kali melakukan pekerjaan dan perdengarkan bacaan ayat ruqyah di dalam rumah,” katanya.

Dah berakhir...
Hujan lebat sungguh tadi masa aku dalam perjalanan balik kerja....ikutkan hati tadi memang nak balik kerja awal..tapi bila mengenangkan ini adalah kali terakhir...maka aku teruskan juga apa yanga aku usahakan..mungkin bukan semua kerja aku dapat siapkan..tapi aku dah cuba yang terbaik..ini adalah peninggalan ku yang terakhir disana..buat yang terlibat..kumohon maaf kerna pemergianku tanpa pengetahuan kalian semua... tetapi tindakan ini perlu aku ambil...aku pergi ketika ini bukan kerana aku mengalah kerana tidak mampu melakukan kerja itu..tetapi kerana aku mengambil peluang keemasan yang datang ini......
Lepas ni terpulang la pada mereka untuk mengutuk, perli atau apa pun..aku terima segalanya. yang pasti aku dah tamat berkhidmat di sana.. maaf kerana cara pemergian ku kurang adap. tapi aku terpaksa... peluang yang datang tu adalah berkali-kali lebih baik dari peluang yang sedia ada..
Tidak dinafikan ada pro dan konta untuk peluang itu... tapi pada aku..peluang yang baik jangan sekali-kali dilepaskan...mungkin pada mulanya akan rasa sukar..pernah dengar dengan alah bisa tegal biasa...yer aku berpegang pada kata2 ini... setiap apa yang kita lakukan pada mulanya memang kita rasakan sukar..tetapi percayalah......apabila tiba satu saat dan ketika...pasti ianya akan menjadi mudah...yang penting kita jangan berputus asa...
ingatlah....mencuba dan terus mencuba... pasti akan berjaya....
doakan yang terbaik untuk ku...
Tuesday, January 15, 2013
Jawapan Kepada Persoalan Yang Sering Bermain Di minda....
KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216
KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. "
- Surah Al-Baqarah ayat 286
KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139
KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). "
KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45
KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111
KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. "
- Surah At-Taubah ayat 129
KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12
KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

Thursday, December 27, 2012
2013 menjelang TIBA....
Apa khabar semua? sedar tak sedar rupanya kita kita sudah berada di minggu terakhir 2012. memang pantas masa berlalukan....bagaimana tahun ni pada pendapat anda????Azam??? bagaimana dengan azam anda????? sudah tercapai ker semuanya??????
erkkk...bab azam ni saya terus terang memang saya gagal mecapainya...emmm..alasan apa eh...hhahahahha.....ok pada saya ....saya tak mahu bagi sebarang alasan...perkara ni berlaku kerana saya tidak peka dengan keadaan sekeliling... kesilapan saya tidak tegar dalam mengambil keputusan....walaubagaimanapun saya amat bersyukur kerana saya berjaya dan masih lagi bertahan dalam segala kemungkinan yang berlaku....
banyak yang telah berlaku pada tahun ini...ada yang menyedihkan....ada yang mengembirakan...saya redha dengan setiap apa yang berlaku...saya terima segalanya dengan redha...hahhhah...tak la....pada saya setiap apa yang berlaku ada hikmahnya..mungkin bukan sekarang..tapi sampai saat dan ketikanya kita pasti akan tahu apakah yang dikatakan hikmah yang terbaik untuk kita itu......
ingatlah Allah takkan menduga dan menguji kita sekiranya Dia tahu hambanya tidak mampu. Ujian dariNya untuk menguji kemampuan kita...Yakin dan terus melangkah...Kejayaan pasti milik kita....
ada 2 azam saya yang bakal saya bawa ke thun 2013....erk apa tu? Apa azamnya???
1. Sambung belajar
2. Tukar kerja..
Untuk azam yang lain saya tidak pasti apa lagi yang saya mahukan..
buat masa ini cukuplah sekadar diberikan kesihatan yang baik.
macamana dengan anda? harap segalanya baik saja?
Apa pun SELAMAT TAHUN BARU SEMUA..
SELAMAT TINGGAL 2012!!!!!!!!
SELAMAT DATANG 2013!!!!!!!!!
:)
Peace no war allzz

Friday, December 7, 2012
Berhenti Menyalahkan Orang Lain atas Kegagalan Sendiri.
Berhenti Menyalahkan Orang Lain Atas Kegagalan Kita.
Sedar atau tidak perkara ini sering berlaku pada diri kita.
Seringkali meyalahkan orang lain atas kegagalan yang dialami. Ini adalah satu
sika[ yang sama sekali tidak akan meghasilkan jalan keluar. Pada ketika kita
menyalahkan orang lain , inilah perkara yang bakal berlaku:-
- · Tanpa disedari kita telah meletakan hak untuk menentukan masa depan kita kepada orang tersebut.
- · Menyatakan pada individu tersebut bahawa tanpa bantuan individu itu, kita tidak mungkin tidak akan berjaya
- · Kita akan terlepas pandang peluang-peluang yang baru yang ada disekeliling kita.
- Antara cara terbaik untuk tidak menyalahkan sesiapa pun atas kegagalan kita,
- · Melakukan muhasabah diri, apakah kita telah bekerja dengan maksima?
- · Melakukan penilaian terhadap hasil kerja kita.
- · Memperbaiki setiap kelemahan dan kesalahan yang telah dilakukan
- · Berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam melakukan pekerjaan yang dilakukan.
Ingat bahawa masa depan kita adalah tanggungjawab kita
sendiri. Tidak ada seorang pun yang dapat mencegah kita untuk berjaya bila kita
sendiri mahukannya. Begitu juga sebaliknya, tiada seorang pun yang dapat
membuat kita berjaya bila kita tidak menginginkannya. Mintalah pada ALLAH
dengan berdoa dalam kehidupan kita dan melakukan bahagian kita terbaik mungkin
dengan bersungguh-sungguh. Menyalahkan orang lain tidak memberikan kesan
positif dan ia tidak akan menyelesaikan masalah. Tetapi ia mempengaruhi tahap
pencapaian dan nilai seseorang itu. Kita hidup di zaman yang mementingkan
pencapaian “getting things done”. Perkara yang terbaik adalah pergi kepada
orang yang dapat lakukan tanpa menyalahkan orang lain dan memberikan alas an.
Paling utama motivator terbaik kita adalah DIRI KITA SENDIRI.
STOP COMPLAINING. GO AND SOLVE THE PROLEM!!!!
Labels:
Allah,
Diri sendiri,
kehidupan,
menyalahkan orang lain,
motivator,
nilai,
problem,
salah,
Solve
Friday, November 16, 2012
Amalan mencari Yang Hilang
Selain tu mungkin boleh cuba ni jugak
saya pernah terbaca yang bila kita kehilangan sesuatu barangan, ia adalah peringatan kepada kita bahawa kita ni dah melupakan ALLAH, dan banyak dosa kita kat dia. Sebab tu kita hilang barang, supaya kita ingat balik apa tujuan kita kat sini
. Jadi, kat sini, share la satu ilmu yang mana dengan kuasa ALLAH, barang yang hilang tu dapat balik :-
Al-Fatihah 7x.
2. Al Fath 1-3 7x
3. Al Khafi Ayat 19 7x
4. Surah Al-Ikhlas 7x.
5. Selawat 7x.
6. Ya Allah 3x.
7. Kemudian wirid ‘Ya Hafiz’ 119x.
8. Sesudah selesai semuanya, tadahkan tangan lalu berdoa, mohon dari ALLAH pertolongan supaya dipulang/digantikan barang yang hilang tersebut.
Semoga ia nya dapat beri manfaat pada semua..
Amalan dan Doa mencari orang/barang hilang..
Amalan dan Doa mencari orang/barang hilang..
Entry ni khas untuk seorang adik yang amat memerlukan... moga dapat membantu...maaf entry yang akak janjikan tu tak jumpa. takut nanti salah tulis... tapi ni pun boleh...yang penting tabahkan hati dan kuatkan semangat..... :)
Ini adalah doa mencari orang hilang, (kira hilang dari jangkauan leh jer)
Samada hilang lemas di dalam air atau di daratan dan di mana-mana sahaja.
a-Doa untuk mencari orang hilang di dalam air:
-Ambil 7 biji anak batu
-Berdiri di tempat orang hilang (lemas)
-Baca surah-surah berikut pada setiap anak batu:
batu 1 = Al-Fatihah 14 kali
batu 2 =Ayat kursi 7 kali
batu 3 =Al-Ikhlas 7 kali
batu 4 =Al-Falaq 7 kali
batu 5 = An-Nas 7 kali
batu 6 =Al-A’Raf ayat 13 7 kali
batu 7 = Doa Nabi Yunus
-Ambil kesemua 7 batu dan balingkan di tempat orang hilang(lemas)

b-Jika orang hilang di daratan, baca juga susunan ayat yang sama, cuma tidak perlu menggunakan 7 biji anak batu.[ Petikan dari ceramah Ustaz Kazim Elias dalam kuliyah.net]
Doa Orang Hilang:
….يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ اِنَّ اللهَ لاَ يُخْلِفُ الْمِيعَادَ، اِجْمَعْ بَيْنِي وَبَيْنَ
Yâ Jâmi’an nâsi liyawmin lâ rayba fîhi, innallâha lâ yukhliful mî’ât, ijma’ baynî wa bayna …
“Wahai Yang Mengumpulkan manusia pada suatu hari yang tiada keraguan di dalamnya, sesungguhnya Allah tidak pernah mengingkari janji-Nya, kumpulkan kembali antara aku dan ….”
“Wahai Yang Mengumpulkan manusia pada suatu hari yang tiada keraguan di dalamnya, sesungguhnya Allah tidak pernah mengingkari janji-Nya, kumpulkan kembali antara aku dan ….”
Catatan: pada titik-titik tersebut sebutkan nama orang yang hilang.
Semoga bermunfaat. Doalah juga semoga keluarga kita sentiasa dibawah lindungan rahmat Allah dan terlindung daripada segala marabahaya. Sesungguhnya Allah SWT adalah sebaik-baik Penjaga dan Pemelihara.
Thursday, November 15, 2012
Jangan Mudah Berprasangka
Seorang doktor meluru masuk ke ruang
hospital dalam keadaan tergesa-gesa
selepas mendapat panggilan kecemasan
dari pihak hospital..
Dia menukar pakaian dan terus meluru ke
blok pembedahan..
Dia mendapati ayah kepada budak yang
berada dalam bilik pembedahan sedang berdiri menunggunya..
Apabila si ayah melihat doktor itu, dia
terus berteriak..
"Kenapa doktor ambil masa yang lama
untuk datang..??Doktor tahu tak anak saya dalam bahaya sekarang nie..??Doktor
tak ada rasa bertanggungjawab ke..??"
Doktor tersebut tersenyum dan berkata :
" Saya minta maaf, saya berada di
luar hospital dan saya datang sepantas yang mungkin selepas mendapat panggilan
kecemasan tu..dan sekarang, saya harap encik bertenang..jadi, saya dapat buat
kerja saya.."
"Bertenang doktor kata..?! kalau
anak doktor berada dalam bilik tu sekarang nie, boleh ke doktor
bertenang..??kalau anak doktor mati sekarang nie apa yang doktor buat..??kata
si ayah dgn marah..
Si doktor tersenyum lagi dan berkata :
" Saya akan kata bahawa Allah telah
berfirman dalam kitab-Nya yg suci " daripada Allah kita datang dan kepada-Nya
kita kembali"..doktor tak mampu untuk memanjangkan hayat
seseorang..Insya-Allah kami akan cuba yang terbaik utk anak encik.."
"Memberi nasihat bila kita tak
mengalaminya memang senang..!" gumam si ayah..
Pembedahan tu mengambil masa beberapa
jam..Tak lama kemudian, si doktor keluar dgn gembira..
"Alhamdulillah..anak ecik
selamat..!" Dia terus berjalan tanpa menghiraukan si ayah "kalau
encik ada sebarang soalan..encik boleh tanya jururawat..!"
"Kenapa doktor-doktor sombong
sangat..?! Tak boleh ke dia tunggu beberapa minit supaya saya dapat tanya
beberapa soalan tentang anak saya..!"komen si ayah selepas melihat
jururawat..
Jururawat itu berkata sambil air mata
mengalir di pipinya :
"Anaknya meninggal dunia semalam
dalam kemalangan jalan raya..dia berada dalam upacara pengebumiaan anaknya
ketika kami menghubunginya untuk pembedahan anak encik..dan sekarang dia telah
pun menyelamatkan nyawa anak encik, dia tergesa-gesa untuk menghabiskan upacara
pengkebumian anaknya.."
Pengajaran yang sangat berharga daripada
kisah ini, iaitu jangan mudah menghukum atau menilai seseorang.. hati-hatilah
dengan sangkaan kita , kerana sangkaan yang buruk dan tidak tepat sudah pasti
akan melukakan perasaan individu terbabit.
"SAAT AKU
MENYAMPAIKAN SUATU KEBAIKAN KEPADAMU, BUKANNYA AKU HENDAK MEMBERIKAN NASIHAT
AKAN KEKURANGANMU SAHABAT..TAPI AKU SEKADAR MENJADIKAN DIRIMU SEBAGAI
PERANTARA, AGAR NASIHAT ITU SAMPAI KEPADA DIRIKU."MENGARAHKAN WAJAH KE
CERMIN, BUKAN BERERTI MENCARI-CARI KEKURANGAN CERMIN, NAMUN HAKIKATNYA ADALAH
MENCARI KEKURANGAN DIRI UNTUK DIPERBETULKAN AGAR LEBIH BAIK, DENGAN PERANTARAAN
CERMIN"
Menerima Hakikat
Bukan mudah kita nak
menerima hakikat atas apa musibah yang menimpa. Kalau tiada kekuatan diri akan
hilang pertimbangan maka hilang juga pedoman dan akhirnya ramai yang mengambil
jalan yang menyalahi fitrah kehidupan. Manusia tidak lari dari ditimpa musibah.
Oleh kerana hidup manusia pasti akan disulami dengan musibah, maka Allah
mengajarkan kita cara menghadap musibah. Banyak hadith dan ayat Quran yang
membicarakan mengenai cara menghadapi musibah.
1. Pada permulaannya, berlaku penolakkan. Di peringkat ini, manusia tidak menerima hakikat bahawa sesuatu telah hilang darinya, sesuatu telah tiada, sesuatu telah menimpa dan sebagainya. Dia akan cuba lari dari hakikat dan masaalah. Jika dia cuba lari dari menerima hakikat, jiwanya akan semakin tertekan, hatinya semakin sempit dan fikirannya semakin keliru.
Di dalam Islam, kita perlu jujur menerima hakikat diri kita. Semakin berani kita untuk jujur menerima hakikat diri semakin tenang jiwa kita. Sebab itu di dalam Islam ada konsep muhasabah. Muhasabah bererti menerima kekurangan dan kelemahan yang ada pada diri. Jika kita tidak dapat menerima hakikat diri kita, maka kita tidak akan dapat membuat perubahan di dalam diri kita.
2. Peringkat kedua, manusia akan mengeluh, marah-marah, mendongkol, menyalahkan orang lain dan yang paling parah ialah apabila menyalahkan takdir. Di peringkat ini, mereka telah menerima hakikat bahawa mereka sedang melalui masa getir, tetapi mendongkol dengan keadaan diri.
Sesungguhnya, mengeluh tidak merubah apa-apa. Sikap marah-marah juga tidak merubah apa-apa. Dia akan membuatkan kita semakin tertekan dan terhimpit. Sudahlah ditimpa musibah, hati pula hilang bahagia. Di dalam Islam, kita ada konsep muraqabah, iaitu rasa sentiasa diawasi oleh Allah. Hari ini jika kita senang, Allah mahu melihat apa yang kita lakukan begitu juga apabila kita susah. Allah akan melihat apa yang akan kita lakukan. Semua, susah dan senang ada nilaian pahala jika kita membuat sesuatu dengan betul. Jika kita rasa sentiasa diawasi Allah, kita akan selalu mencari keredhaannya. Waktu senang kita tidak lupa Allah, waktu susah kita bergantung penuh denganNya. Akhirnya, senang dan susah tetap tenang dan tetap bahagia.
3. Peringkat ketiga
barulah biasanya manusia menerima segala apa ketentuan hidupnya. Barulah tidak
marah-marah, tidak mengeluh dan sebagainya. Walaubagaimana pun, jika salah
kefahamannya, manusia akan putus asa, hilang harapan, hilang semangat, hilang
rasa untuk terus berusaha. Akhirnya, hidupnya semakin murung, semakin tidak
ceria dan semakin kusut.
Di dalam Islam, apabila kita telah menerima kita di dalam keadaan susah, ada konsep tawakkal. Tawakkal ialah kita berusaha dan bakinya kita serahkan pada Allah untuk menyempurnakannya. Jika perniagaan kita gagal, kita usahakan terus, ubah sana dan sini, baki serah pada Allah. Jika rumah tangga kita gagal, kita usahakan untuk perbaiki, baki yang diluar kemampuan kita, kita serah pada Allah.
Orang yang ada konsep muhasabah, muraqabah dan tawakkal akan sentiasa positif di dalam hidupnya. Dia akan sentiasa tenang walaupun musibah itu ibarat bukit yang menghempapnya. Sesungghunya, semua manusia akan diuji dengan musibah, yang membezakan orang beriman atau tidak ialah di hujung ujian.
Jika di hujung ujian dia tetap tidak putus asa, tetap berusaha, tetap tenang, tetap berjuang maka dia adalah pemenang di dalam ujian tersebut. Yakinlah apa yang ditetapkan oleh Allah adalah yang terbaik untuk diri kita... Biar orang lain tidak mengerti apa yang kita lalui tetapi yakinlah Allah mengetahui dan mengerti segala-gala nya. Di kala terasa keseorangan, ingatlah Allah sentiasa ada bersama, di kala terasa kesedihan ingatlah Allah tidak akan menguji lebih dari kemampuan kita, di kala kecewa..ingatlah orang yang lebih menderita...

Yang utama kita belajarlah untuk
menghadapi sesuatu perkara yang kita tak sangka datang kepada kita, belajar dalam
erti kata cuba untuk menyesuaikan diri dengan perkara tersebut. Hadapinya
dengan keyakinan dan usaha yang tegar. Bukan berdolak dalik, bukan mencemuh,
bukan mengeluh. Semua itu adalah dugaan dalam kehidupan di dunia ini. Kita
selalu mengkehendaki apa yang kita mahukan sahaja, tapi kita tak sedar, kadang
kala apa yang kita mahukan sebenarnya diinginkan oleh orang lain.
Kemahuan untuk kita mungkin masanya belum tiba, mungkin masa ini milik orang lain kemahuan tersebut. Pastinya pada masa akan datang, masanya sudah tiba maka kemahuan kita akan datang sendiri hasil kesabaran, ketaqwaan dan usaha ke arah kemahuan tersebut. Apa yang sepatutnya kita jadikan ikhtibar, Allah memberikan apa yang kita perlukan dan Allah memberi peluang kepada kita untuk kita lebih berusalah dan mendekatkan diri kepada-Nya bagi mencapai apa yang kita inginkan.
Adakalanya kita mengharapkan kemahuan tetapi usaha kita tak sehebat kemahuan yang kita nak capai sebab itulah Allah mendidik kita untuk mengenal erti penat lelah berusaha bagi mencapai kemahuan dalam hidup. Jangan bersedih dengan keperluan yang telah kita ada, tetapi bergembiralah kelak kemahuan yang kita inginkan akan tercapai berkat kesabaran kita. Permulaan Sabar Adalah Pahit, Tapi Manis Akhirnya.

Friday, October 5, 2012
Renung-renungkan
Air mata seorang perempuan mungkin boleh mencairkan hati seorang lelaki, tetapi air mata seorang lelaki belum tentu dapat mencairkan hati seorang perempuan yang telah disakiti.
Setuju tak?
Setuju tak?
Saturday, September 22, 2012
Doa Solat Dhuha 1
Doa Solat Dhuha
Selesai solat, bolehlah dibacakan doa di atas, dan dibawah adalah
pengertiannya:“Ya Allah sesungguhnya waktu Dhuha, waktu dhuha-Mu,
Cahayanya cahaya-Mu, keindahannya keindahan-Mu, Kekuatannya kekuatanMu,
Ya Allah sekiranya rezekiku ada di langit, maka turunkannya.
Jika ada di bumi keluarkannya, Jika ianya jauh perdekatkannya,
Dan jika ia hampir maka permudahkannya, dan jika ia haram maka bersihkannya…
Dengan kebenaran dhuha-Mu, cahaya-Mu, kekuatan-Mu dan keindahan-Mu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.
Allah cucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan atas keluarga dan para sahabatnya serta kesejahteraan.
Dan segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam.”
Solat Sunat Dhuha
Solat Dhuha itu magnet rezeki, pembuka rezeki,
penarik rezeki dan bermacam-macam lagi istilah digunakan untuk menunujukkan
bahawa Solat Dhuha itu sebagai salah satu cara untuk murah rezeki dan juga alat
penghubung supaya Allah bermurah hati untuk menambahkan rezeki buat hamba-Nya.
Namun begitu, bukan senang bagi mereka yang
tidak pernah melakukan solat ini apatah lagi waktunya itu adalah masa ketika
kita baru hendak memulakan pekerjaan di awal pagi. Namun, apabila kita membaca
kelebihan-kelebihan solat Dhuha ini, mungkin kita akan lebih bermotivasi untuk
mengamalkan solat ini, kalau pun tidak setiap hari, mungkin seminggu sekali.
Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya
Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:
“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, nescaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”
(Riwayat Ahmad)
“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, nescaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”
(Riwayat Ahmad)
Dalam satu riwayat yang
lain Rasulullah SAW bersabda yang
maksudnya :
“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”
(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi
“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”
(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi
Kelebihannya
- Dia tergolong dikalangan orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah
- Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga
- Diberikan ketenangan dalam hati dan kepuasan dalam setiap pekerjaan.
- Menarik rezeki dan menolak kepapaan.
- Diberikan rezeki ( bukan sahaja dalam bentuk kemewahan wang ringgit sahaja ) tetapi rezeki anak yang soleh, isteri atau suami yang bertanggungjawab dan menenangkan jiwa, pekerjaan yang halal dan diberkati.
- Allah memudahkan segala urusan
- Diberikan rezeki sihat tubuh badan
- Diberikan rezeki keturunan yang soleh dan dihormati.
- Diberikan rezeki rakan sekerja, jiran-jiran, sanak saudara dan orang sekeliling yang baik budi pekerti.
Waktunya
Dari setelah matahari meninggi sejengkal , lebih
kurang jam 8.00 pagi hinggalah sebelum matahari menegak, iaitu tengahhari.
Tidak boleh dilakukan sebelum dan sesudah batas waktu tersebut.
Rakaatnya
Dari paling sedikit dua rakaan dan mengikut
riwayat yang sah paling banyak 12
rakaat. Tidak boleh dilakukan kurang daripada dua rakaat.
Tatacaranya
Setelah pasti masuknya waktu Dhuha, maka
lakukanlah dalam keadaan berwuduk. Dilakukan dua rakaat dan ditutup dengan
salam atau boleh juga dilakukan dengan empat rakaat satu kali salam.
Rakaat Pertama1. Niat dalam hati dengan berkata, ” Sahaja Saya Solat Dhuha dua/empat rakaat kerana Allah ”
2. Takbir
3. Baca Doa Iftitah
4. BacaTa’awwudz
5. Baca Surah al-Fatihah
6. Baca apa-apa sahaja surah dipilih
7. Takbir dan rukuk
8. Iktidal dan bacaannya
9.Sujud dan bacaannya
10. Duduk dan Bacaannya
11. Sujud dan bacaannya
12. bangun rakaat kedua dengan takbir.
Rakaat kedua
1. Baca surah al-Fatihah
2. Baca apa-apa ahaja surah yang dipilih
3. Takbir dan rukuk
4. Iktidal dan bacaannya
5. Sujud dan bacaannya
6. Duduk dan bacaannya
7. Sujud dan bacaannya
8. Duduk tahiyat akhir dan bacaannya
9. Salam Penutup
Kemudian kalau di kehendaki, ditambah dua rakaat lagi dengan mengulangi cara tertera di atas dan seterusnya hingga 12 rakaat semuanya.
Pada sujud yang terakhir pada setiap dua rakaat kita sebutkan segala doa dan hajat kita, kita boleh sujud berapa lama dan meminta sebanyak doa yang di khendaki.
Solat Sunat Dhuha adalah antara solat individu yang tidak boleh dilakukan secara berjemaah.
Friday, September 21, 2012
Rahsia bantal
1) Memeluk Bantal
Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa
Seni. Mereka
Mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap
Lukisan, muzik Dan sastera.
Perasaan mereka halus Dan jiwa mereka romantik.
Kadangkala Ada yang
Boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui
Mimpi. Mereka
Juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.
2) Menggunakan Banyak Bantal
Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam
Kehidupan seharian
Mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka
Jarang membuat
Keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan
Pandangan orang lain.
3) Tidur Dengan Satu Bantal
Mereka bukan jenis mengada-ngada Dan boleh
Menerima keadaan
Seadanya. Mereka juga membuat keputusan
Berdasarkan fikiran Dan
Bukan nafsu semata-Mata.
4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki
Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang
Bergaul dgn
Org ramai, malah kaku dalam pergaulan.. Ini
Menyebabkan mereka
Cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar
Menempuh jalan pintas
Untuk mencapai cita2. Mereka tdk suka berusaha.
5) Tidur tanpa Bantal
Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat
Tinggi.
Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan
Membawa kepada
Sifat ego.
6) Tidak punya bantal
Kasihan betul... Pergi kedai belilah satu, bukanya Mahal pun..!!

Thursday, August 16, 2012
Selamat Hari Raya Pada Semua
Assalamualaikum.....
Sedar tak sedar hampir sebulan kita berpuasa. Sekejap je masa berlalukan. Tinggal berapa hari saja kita nak Raya...yeay.... Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin. Saya nak mintak ampun pada sesiapa yang saya buat salah.Halalkan makan dan minum...eceh..ayat cam tak sabar nak raya jer......Bukan apa nak wish raya ngan mintak ampun supaya beban kehidupan tu ringan. Takut nanti tak der kesempat nak jumpa dengan semua.huuhu..
Yang paling penting pada semua, tolong berhati-hati. dapatkan rehat yang secukupnya. Kalau ngantuk, berenti berehat dimana-mana. kita tak tahu apa yang bakal berlaku.bawak kenderaan dengan setenang yang mungkin. Ingatlah kata pepatah...biar lambat asal selamat.Janji kita sampai di destinasi yang dituju, dan dapat berjumpa dengan sanak saudara.Itu yang penting. Kita elakkan tragedi berlaku. :)
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin semua. ....

Sunday, August 12, 2012
Biskut Famous Amos
Bahan-bahan ( 50biji
- 70biji )
bahan A
175gm butter
50gm gula ising
50gm gula perang
Bahan B
telor 1 biji
1/4 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/4 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil esen vanila
bahan C
250gm tepung gandum
bahan D
1/2 cawan kurma(potong dadu)
1/2 cawan coklat cip
1/2 cawan badam cincang
Cara-cara
pukul bahan A sehingga sebati
masukkan bahan B dan pukul lagi
masukkan bahan C sikit demi sedikit dan pukul sehingga
sebati ketika masukkan bahan D,
gaul guna spatula (senduk) supaya bahan tersebut tidak
pecah..
bentukkan ikut suka
bakar dalam 180C, 15-20 minit
Notakaki ~ dekat BAHAN D, kurma boleh ditukar kepada buble
rice, konflakes, atau aneka kekacang ~ gula tu tak perlu skip atau kurang kan sebab saya dah pun kurang kan .. asal dia 70gm gula perang dan 80gm
gula ising
TAMBAHAN ~ JANGAN TAMBAH TEPUNG ATAU APA APA, SEBAB ADUNAN
INI MEMANG LEMBUT,
Tanggungjawab Ibu Solehah
Assalamualaikum.
Ibu solehah berkewajipan menerangkan perkara-perkara yan g diharamkan dalam Islam dan wajib dihindari
walaupun hukumnya sekadar makruh kerana dibimbangi akan membawa kepada hukum yan g lebih berat, iaitu haram. Beberapa perkara yan g wajib diberi peringatan kepada anak-anak supaya
menjadi anak yan g soleh solehah dan
membentuk keperibadian Islam yan g
lebih sempurna ialah:
1. Memberi peringatan akan larangan mengamalkan sikap
meniru-niru perkara-perkara yan g
dilakukan oleh agama lain, seperti berpakaian yan g
terdapat tanda salib, ada paparan gambar-gambar yan g
memperlihatkan unsur agama lain, ada perkataan-perkataan yan g
tidak elok, dan jangan bertaklid buta.
2. Tidak terlalu mendambakan kehidupan dunia yan g fana. Sebaik-baiknya diberi peringatan bahawa
perlu seimbangkan antara kehidupan dunia dengan akhirat.
3. Menjauhi muzik dan senda gurau yan g
melampau dan mempunyai unsur untuk menjauhkan agama Islam.
4. Tidak menyerupai lelaki bagi wanita dan lelaki tidak
menyerupai wanita. Berdosa hukumnya.
5. Tidak berhias secara keterlaluan.
6. Tidak mengunjungi tempat-tempat sembahyan g agama lain.
Sumber : Suami Isteri Paling Bahagia
Setia Isteri Kepada Suami Yang Soleh
Assalamualaikum.
Seseorang wanita akan setia kepada pasangan yan g soleh dan tidak akan berubah hatinya untuk
mencari pasangan lain. Isteri akan taat kepada suaminya yan g
soleh kerana beberapa sebab:
1. Dia akan hidup dengan suami yan g
dimuliakan Allah SWT dan suaminya mendapat tempat yan g
mulia di syurga. InsyaAllah, Allah SWT berfirman yan g
bermaksud:
"Sesungguhnya orang yan g
paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah orang yan g
sangat bertakwa antara kamu". Al-Hujurat, Ayat 13.
2. Suami adalah orang yan g
akan mencegahnya daripada melakukan fitnah.
3. Dia berasa selamat dilindungi suami yan g taat dan penyayan g,
tidak ada kezaliman dalam rumah tangga.
4. Isteri mendapat kebahagiaan daripada pernikahannya dengan
suami yan g soleh, keluarganya akan
bersatu dalam ketakwaan dan kebaikan menuju kebenaran Islam. Allah SWT
berfirman yan g bermaksud:
"Sesiapa yan g
bertakwa kepada Allah, nescaya dia akan mengadakan untuknya jalan keluar dan
memberi rezeki daripada suoe=}cng tidak disangk-sangka." At-Thalaq, Ayat
23.
Sumber : Suami Isteri Paling Bahagia
Tuesday, July 31, 2012
Petua - Petua Cegah Rambut Beruban Dengan Teh

Rambut hitam legam bagai seorang model iklan shampoo pasti menjadi idaman kebanyakan wanita, lelaki pon sama. Namun ada yang rambut putih muncul sebelum waktunya. Ada beberapa faktor penyebab munculnya rambut putih ini lebih awal, diantaranya adalah stres dan gaya hidup tidak sihat.
Ada cara mudah untuk membantu mencegah rambut putih tumbuh sebelum sampai waktunya. Tambahkan 1 sudu teh garam ke dalam satu cawan teh pekat hangat, kacau hingga larut. Setelah sejuk pada suhu bilik, tuangkan secara merata pada rambut lalu urut-urut kulit kepala. Biarkan selama sejam, kemudian bilas dengan air bersih tanpa menggunakan shampoo. Untuk hasil yang maksima, lakukan perawatan ini sekurang-kurangnya sebulan sekali.
Labels:
Cegah rambut beruban,
Petua,
petua dengan teh,
rambut,
teh
Subscribe to:
Posts (Atom)